Monday, March 09, 2009

Hari yang memenatkan

Dua hari berada di Segamat kerana majlis perkahwinan adik ipar sungguh memenatkan. Isteri sudah mulai terasa kejang betis. Dia menjadi harapan keluarga di dalam rumah. Malam tadi kami terpaksa pulang segera ke rumahkami setelah siap berkemas apa yang patut. Hari ini walaupun cuti maulidur rasul saya terpaksa menyiapkan buku program dan unit rakaman Perkampungan Penulis Muda Sekolah-sekolah Menengah Pahang 2009 . Petang nanti sudah mula masuk melapor diri sebagai urusetia.

Penat dan tension melangsungkan kenduri kahwin rupanya. Jemputan yang dianggarkan kecil menjadi besar. Ramai kenalan keluarga mentua yang tidak dijemput pun hendak datang juga dan telah datang.

Kecekapan bahagian dapur terutama unit hidangan rupa-rupanya memainkan peranan yang besar menyelamatkan maruah tuan rumah. Saya melihat dari dekat bagaimana orang-orang lama di dapur terutama tukang masak mengatur strategi apabila melihat jemputan begitu ramai. Ada strategi menghidang buffet rupanya. Saya tertarik cara mereka bekerja dalam satu pasukan yang cukup bersefahaman.

Saya bersama biras bertugas di bahagian air. Bapa mentua saya mahu menghidangkan bandung soda. Wah...bandung soda ais dalam keadaan cuaca panas, bayangkan betapa lakunya air pada hari itu. Nasib baiklah biras saya seorang jawa original, mahir dalam membancuh bandung soda ais. Kelam-kabut juga saya apabila biras saya memberi tahu air masak tidak cukup. Perlu masak segera katanya. Yang segera itulah yang saya tak tahannya ! Mana nak cari dapur, mana nak cari periuk dalam keadaan waktu puncak itu.

Saya perintah anak sulong saya pergi kidnap dapur gas kat dalam rumah. Saya mencari dan terpaksa membasuh periuk untuk masak air. Air gula pulak tak cukup, gula habis perintah anak kedua pergi beli gula lagi. Ais hampir habis, tetamu semakin ramai. Kepala otak saya hanya berfikir sempat tak ? Sempat tak ni ?

Si jawa pekat biras saya itu tenang je, " relek lah abang long sempatnya" kata dia. " Kalau tak sempat kita hentam air paip je !". Itulah yang saya tak mahu dengar tu, selamba je dia !

Saya teringat sewaktu mengajar di sekolah rendah dahulu. Sewaktu kami menganjurkan sukan air minuman untuk para pelajar dan ibubapa hampir tidak cukup. Keadaan begitu mendesak kerana orang kampung terlalu ramai dan cuaca panas. Air cukup laku. Air masak sudah habis. Apa lagi ada beberapa orang guru yang tak 'empuk' membancuh air minuman dengan menggunakan air paip biasa sahaja, tanpa diketahui oleh orang lain. Janji masalah selesai, kata mereka !

Kebetulan pulak pada waktu itu VVIP yang dijangka merasmikan sukan itu datang dan melalui tempat penyediaan air. Entah macam mana dia tengok air itu, agaknya rasa sedap atau mungkin terasa dahaga, dia minta segelas untuk minum. Hendak bagi tahu air itu air paip yang tidak dimasak...akan pecahlah rahsia. Ya tak ya bagilah kepada VVIP dan para pengiringnya itu. Sampai hari ini jika kami bertemu sesama rakan-rakan yang pernah mengajar di sekolah tersebut, bila sebut sahaja air yang menggunakan nama VVIP itu, semua kami akan teringat perirtiwa ini.

Kembali kepada majlis di rumah bapa mentua saya. Kami tidaklah sampai menghidang air tak masak. Kami di bahagian air sempat menguruskan segala yang tidak cukup dengan baik. Yang menariknya ada tetamu datang ke bahagian air minta air untuk dibawa balik! Ambil je lah, tak cukup kita buat lagi !

Lebih kurang pukul 4.30 petang tetamu sudah tiada lagi. Hati saya cukup lega kerana semuanya berjalan lancar. Balai ditutup, kerusi meja dikemaskan. Sampah sarap dibersihkan segera. Pengantin tidak berlengah menyental periuk. Kesian....mestikah ? Nampak sudah menjadi tend, periuk yang besar-besar itu untuk pengantin !!.

Saya perlu ke sekolah untuk menyelesaikan beberapa perkara. Nampaknya macam tidak bercuti! Inilah cikgu !!

4 comments:

Naa..a said...

alamak semput bila baca cerita sir nih. tapi takpe, dah selesai puashati.Itulah bila tengok orang lama punya pengurusan bagus, tak de pun buat rangka kerja kat kertas atau bentang kat slaid macam profesion punya planner kan. Tapi majlis berjalan lancar sebab persefahaman,ikhlas dan rasa tanggungjawab. Dalam organisasi yang kita study pun mcm tu gak, tapi kenapa bila pelaksanaan ada pincangnya. Padahal ada plan tentatif, operasional dan semuanya detail dah tapi tak menjadi gak. Pada saya puncanya tak de keikhlasan dan rasa tanggungjawab yang sepenuhnya.

Faris said...

Li,
Nampaknya sama2lah kita menghabiskan hujung minggu ni dengan majlis kerja kahwin. Aku pun baru balik dari Endau kerana majlis perkahwinan emak saudara aku. Memang dua hari penuh terpaksa bertungkus lumus. Itulah peranan kita ni bila usia dah meningkat. Tak lama lagi nak menguruskan perkahwinan anak2 pula. Lagilah berat tanggungjawab tu.
Macam mana dengan Ani sekarang? Tak ada niat nak sambung belajar lagi ke? Kau datang tak ke UPSI semasa konvo Ani nanti? Kalau datang, bolehlah kita jumpa di Tanjung Malim nanti.
TK.

Anonymous said...

Betul cikgu rosnah, orang-orang lama walaupun kerja mereka tiada planner bertulis namun mereka berkerja dengan enuh tanggungjawab dan sangat ikhlas. Perancangan mereka penuh persefahaman.Yang macam tak cukup boleh jadi cukup malah ada lebih pulak.

Faris,
Aku baru aje balik dari PPD Rompin ada mesyuarat program besok. Buka blog ada komen kau. TQ.

Penat urus kenduri kahwin ...kos pun tinggi weh !Betul terfikir juga macam mana nanti kalau mengurus majlis anak sendiri zaman tu lagi tinggi kos agaknya. Sekarang orang dah tak pakai hidang kerana tiada orang nak angkat hidang lagi kat kampung. Dah buffet sekarang ni!

Untuk setakat hari ini Ani tak ada pulak rancangan nak belajar lagi. Insya Allah kami sekeluarga akan hadir di konvo UPSI nanti.Dulu dia motivate aku belajar sekarang dia pulak menjadi kebanggaan kami sekeluarga.Kami pasti hadir kalau tiada aral melintang. Insya Allah kita jumpa nanti.

yusofsipan said...

cikgusazili, moga ada kesempatan utk kita bertemu di Tg Malim nanti....