Monday, March 16, 2009

Jika berlaku, tiada maaf bagi mu

Kelmarin saya melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur dari Kuantan. Tiada apa yang istimewa dengan lebuhraya itu. Ia cuma lurus, berbukit di sana sini dan jalannya agak beralun di satu dua tempat.

Pelbagai jenis kenderaan agak sibuk di kiri kanan laluan. Masing-masing teratur di lorong masing-masing. Seperti yang saya katakan tadi tiada apa yang menarik dengan lebuh raya tersebut. Biasa sahaja. Cumanya saya tertarik kepada tiga buah kenderaan di tempat yang berasingan.

Yang pertama Kancil. Bukan tertarik kepada rupa bentuknya itu cuma tertarik gaya pemanduannya. Lajuu !! Saya memandu Hyundai Matrix saya 140 km sejam saya masih tidak mampu memotong Kancil putih tersebut. Perasaan saya Kancil tersebut melayang tak jejak ke jalan. Apakah itu kelajuan biasa bagi sebuah kereta Kancil yang mungkin saya tidak pernah tahu selama ini ? Atau Kancil itu memang laju di luar kebiasaannya.

Saya memberitahu isteri saya " Fuh...lajunya Kancil tu !". Saya membiarkan sahaja dia pergi hilang entah ke mana.

Di satu tempat lain pulak, saya mengekori sebuah lori simen. Agaknya lori itu kosong, tiada simen. Kelajuannya 130 km sejam. Saya dapati lori itu terangguk-angguk sepanjang perjalanan. Kenderaan berat dan besar lajunya....masya Allah !

Manakala di suatu tempat lain, tiba-tiba anak saya di belakang bersuara terkejut " Huhuhuu...!".
Dia terkejut sebuah bas ekspress memotong kereta saya yang dalam kelajuan 120 km sejam.

Patutlah kemalangan jalanraya pada zaman ini, memang tiada maaf bagimu !!

5 comments:

Anonymous said...

Selamat bercuti... hati2 memandu, pandu cermat jiwa selamat.. igtlah orang tersayang!

Anonymous said...

Li,
Kau menginap di hotel mana? Tak nampak pun kau semasa raptai semalam? Aku stay di Kuala Kubu Bharu coz di Tg Malim full house.

Anonymous said...

Tera,
Semoga tidak terlewat lagi - selamat bercuti juga. Betul tu, hati-hati memandu, selalunya pemandu wanita boleh tahan jugak di jalanraya...!! Tera pun begitu kot !?

Faris,
Aku menginap kat rawang - Bandar Tasik Puteri. Semalam masa raptai aku ada tapi lepas tu aku bersantai dalam kereta dan terus terkepung hujan...!Tak boleh keluar...!

Petang ni aku balik Rom.

Anonymous said...

moening... tu la sll lelaki kata "pompuan klu bawah kete trhegeh2"... klu tgh kete slow je llaki akan kata "tu mesti pompuan yg bwk"... leceh btl la llaki ni. tera klu drive laju sikit dr kete F1

Anonymous said...

Fouyoo...kalah F1..terror tera !!