Kisah ini mungkin agak peribadi tetapi untuk pengajaran dan kenangan bersama saya paparkan juga. Isteri saya baru sahaja menerima ijazah pengajiannya selama setahun di IAB dan dua tahun di UPSI.
Tempoh tiga tahun sebenar merakamkan pelbagai cabaran buat beliau dan saya sekeluarga. Saya yang selalu dimanjai oleh isteri dalam urusan rumah tangga terpaksa melakukan banyak perkara semasa ketiadaan beliau. Saya tidak lupa bagaimana saya terpaksa bangun awal pagi pukul 4 pagi untuk memasak dan menyediakan juadah bersahur untuk anak-anak. Menyediakan juadah berbuka puasa tanpa emak mereka bersama. Bergegas pulang ke rumah selepas sekolah untuk menyediakan makan tengah hari untuk anak-anak. Satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan.
Sepanjang isteri saya belajar, yang paling saya bimbang ialah kesihatan beliau. Beliau seorang pengidap diabetic, Kadang-kadang isteri saya boleh pengsan kerana kekurangan gula. Saya pernah membatalkan urusan kerja kerana pernah dalam perjalanan ke Shah Alam, anak saya, Aisyah telefon memberitahu, mak pengsan dan telah dibawa hospital. Serta merta saya pusing balik untuk terus ke hospital dan bersibuk sambil memandu menelefon kawan-kawan memaklumkan masalah saya. Sesungguhnya memang benar, kawan-kawanlah yang banyak membantu kita.
Masalah yang kedua semenjak belajar di IAB, isteri saya menjadi seorang yang lemah semangat. Semasa belajar di IAB perkara yang tidak penah berlaku kepada dia, telah berlaku. Saya seorang yang sukar mahu percaya persoalan karut marut atau kerasukan ini. Tapi semenjak isteri saya belajar di
Waktu-waktu begitu, saya berpengalaman berkomunikasi dengan ‘makhluk’ itu. Saya bertanya, kamu ni datang dari mana ? Genting Highland, dia jawab. Mak tuan berderau darah saya. Kenapa kamu ikut isteri saya? Saja aku nak ikut dia sebab dia baik! Bayangkanlah bagaimana hati dan perasaan saya dan anak-anak pada waktu itu.
Saya pernah teringat sewaktu awal-awal saya menghantar isteri ke IAB, isteri saya tinggal sebilik seorang diri dan di bilik yang sebelah lagi itu katanya ada orang. Waktu itu saya senang hati kerana isteri saya ada room mate. Saya sentiasa bertanya dari rumah, ada orang ke di sebelah ? Ada, jawab isteri saya. Macam mana tahu ada orang ? Bunyi orang guna bilik air dan buka api, jawab isteri saya. Pergilah berkenalan, suruh saya. Tak mahulah, isteri saya macam keberatan.
Beberapa minggu selepas itu, sebaik sahaja isteri saya berpindah bilik ke bilik kawannya- bilik Cikgu Seri, dia memberitahu saya, dia diberitahu oleh pegawai keselamatan yang menjaga hostel itu bahawa bilik sebelah itu sebenarnya tiada penghuni. Bayangkanlah betapa bimbangnya saya terhadap keadaan isteri saya.
Sepanjang isteri saya berlajar di IAB Genting, hati saya tidak pernah senang. Oleh kerana bimbang keadaan semangat dan kesihatannya saya pernah memaklumkan kepada Yusof Muhamad sahabat lama yang kebetulan sama-sama belajar dengan isteri saya bahawa isteri saya boleh pengsan kalau dia kekurangan gula. Dan saya bagi tahu Yusof apa yang patut dilakukan jika isteri jadi begitu. Saya tidak memberitahu Yusof yang isteri saya ini pernah tidak sedar kerana unsur lain.
Alhamdulillah sepanjang isteri saya belajar di Tanjung Malim tiada masalah yang bukan-bukan yang dia alami, cuma dia sering mengadu sakit kepala. Saya pun naik pening kepala kerana isteri saya sering sakit kepala. Macam-macam ubat yang dicuba, sakit kepala tidak pernah kurang. Dia yang stress, saya juga kena stress. Satu hari saya terfikir mungkin isteri saya kerap sakit kepala kerana tekanan belajar. Teringat saya, antara amalan isteri saya, ialah menjadikan minuman necafe 3 in 1 sebagai minuman untuk berjaga malam.
Saya suruh isteri saya berhentikan serta-merta mengambil minuman tersebut. Sebaik dia berhenti mengambilnya, sakit kepala semakin berkurangan dan hingga hari ini dia tidak sakit kepala lagi.Dan saya tak benarkan lagi dia minum minuman tersebut.
Tidak lupa saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada Yusof Muhamad yang banyak membantu isteri saya. Terima kasih banyak-banyak Sop. Kepada cikgu Seri Suryati juga saya merakamkan berbanyak terima kasih kerana sering menumpang isteri saya balik hujung minggu dan terima kasih juga kerana selalu menjaga isteri saya dengan baik sepanjang menjadi room mate di IAB dan di UPSI. Kepada rakan-rakan serumah isteri saya, Kak Hajah Halipah dan kak Hasmah yang sering ambil berat tentang makan minum dan kesihatan isteri saya, terima kasih banyak-banyak akak berdua. Isteri saya selalu ceritakan tentang akak berdua yang bagaikan kakak dan ibu kepadanya. Begitu juga kepada Cikgu Normala dan Kak Zu, walaupun saya tidak kenal, terima kasih banyak-banyak !
Kepada sahabat-sahabat isteri saya yang saya tidak kenali untuk menyebutkan nama satu persatu, yang bersusah-payah membantu menghantar isteri saya ke Genting Sempah sewaktu arwah ibu saya sakit tenat, terima kasih banyak-banyak. Walaupun tuan-tuan dan puan-puan dalam kepenatan pulang dari lawatan, tuan-tuan dan puan-puan telah memberi pertolongan yang besar ertinya kepada saya. Ibu saya telah meninggal dunia dengan dihadap oleh menantu kesayangannya. Pada hari konvo, isteri saya memberitahu dia kehilangan seseorang yang sepatutnya hadir sama pada hari itu - ibu mentuanya! Jasa baik tuan-tuan hanya Allah jua yang mampu memberi balasan yang setimpal. Hanya terima kasih yang mampu saya lafazkan.
Akhirnya, saya dan seluruh ahli keluarga kami merakamkan ucapan tahniah kepada tuan-tuan dan puan-puan selaku rakan sekelas isteri saya, di atas kejayaan tuan-tuan dan puan-puan. Anda semua adalah insan yang hebat dan semoga anda semua terus maju jaya sebagai pengurus pendidikan yang cemerlang . Tahniah !
4 comments:
Tahniah juga ingin sy sampaikan kpd Pn. Sir.. kini segala kesusahan rasanya telah terbayar..
Bagi pihak isteri, beliau mengucapkan terima kasih di atas ucapan tahniah p'su tu. Memang setelah habis belajar ini nampaknya isteri saya nampaknya tiada stress lagi. Happy je !!
salam.terharu sekali dgn kisah hidup cikgu berdua.
sy adalah antara bakal mahasiswa UPSI ambulan Julai 2009. Berat sekali hati ini untuk meninggalkan suami n anak yg berusia setahun 3 bulan, apatah lg kami tidak pernah berpisah sebelum ini.
sy berharap akan secekal isteri cikgu dlm mharungi perjuangan ini.
Anonymous June 20,
Tahniah di atas kejayaan puan ke upsi. Saya yakin puan dan suami akan mampu mengharungi segala tribulasi, yang penting maruah suami sentiasa dijaga dan suami paling utama perlu sentiasa memahami dan mendorong isteri belajar. Sicomel 3 bulan tu jangan dilupakan pulak !
Post a Comment