Sunday, January 31, 2010

Santau: Kita masih sezaman zaman Parameswara?

1.

Setiap waktu ramai orang ke warung kecil dia. Bila ditanya, kenapa ramai orang suka berkerumun di warung dia. Makanan di warung dia murah dan sedap pulak tu. Begitulah saban waktu.

Selepas dua tahun, telah mula kelihatan warungnya sekejap buka sekejap tutup. Bila ditanya, kenapa warung dia kejap buka kejap tutup, ramai yang menjawab dia sakit !

Sakit ? Kerja teruk sangat kot ?

Kerja teruk tu biasalah orang berniaga. Memang kena kerja lebih tapiiii.... ni bukan sakit sembarangan.

Sakit apa ?

Dia sering muntah darah dan doktor pakar kata, dia tak ada sakit apa-apa. Semakin hari semakin tak lalu makan. Dia kena santau...!!

Laaa....kesiannya !

Hari itu dia meninggal dunia. Tak tahulah apa asbabnya ! Allah Maha Mengetahui.

2.

Sudah berapa lama cikgu batuk ?

Rasa-rasanya dah dekat 10 tahun.

Cikgu kena santau angin ni...

Tapi saya tidak ada musuh, saya tak bergaduh dengan sapa-sapa! Saya orang miskin...tak ada sebab orang nak dengki kat saya. Apa lebihnya saya yang menyebabkan orang nak santau-santau saya ?

Bukan tunggu orang dengki marah kan cikgu. Santau angin ni cikgu, kalau cikgu selalu minum di mana-mana gerai atau warung atau restoran yang selalu menjadi tempat laluan atau orang buang santau, cikgu mungkin terkena. Ada tak cikgu selalu minum kat gerai mana-mana?

Dulu adalah masa berulang belajar. Tapi tokeh kedai tu baik je saya tengok !

Itulah saya cakap tadi cikgu...mungkin bukan dituju pada cikgu tapi mungkin cikgu terkena sewaktu minum-minum atau makan-makan di kedai makan berkenaan....tu yang boleh menyebabkan cikgu batuk-batuk.

Masya Allah..... macam-macam ! Dunia ini semakin tua !!

3.

Mengantuk nampak ?

A'ah mengantuk sikit. Malam tadi tidur lewat malam. Pergi ke rumah adik. Adik minta datang ke rumah dia kerana ada orang kampung hendak berunding dengan dia. Ada hallah sikit! Bukan apa, adik minta tolong 'jaga' dia.

'Jaga' ? Jaga macam mana ?

Ialah mana tahu kalau-kalau orang yang datang tu, entah apa yang dia buat untuk perlemahkan adik saya. Zaman sekarang ini macam-macam cikgu ! Saya cakap betul cikgu, kalau puak-puak tu buat apa-apa kepada adik saya, saya santau orang-orang tu cikgu !

Fuh...santau !?

Inilah dunia kita, masih sezaman dengan zaman Parameswara...santau sana...santau sini !

4.

Sahabat karib saya mengajar di Sabah. Kami lama tidak berjumpa. Dia hendak sangat datang ke rumah untuk mempertemukan kedua-dua keluarga kami. Saya pun begitu. Akhirnya niat kami tercapai. Tiga malam dia bermalam di rumah. Kami gembira sungguh dapat bertemu setelah sekian lama berpisah sejak sewaktu bujang kami. Rupanya itulah pertemuan kami yang terakhir.

Suatu hari, saya mendapat panggilan telefon dari isterinya memaklumkan bahawa suaminya baru sepuluh minit habis umur, kembali mengadap Ilahi.

Saya terkejut dan lantas bertanya sakit apa ?

Sambil menangis teresak-esak siisteri sempat memberi tahu, doktor kata abang tak ada sakit apa tapi cuma demam. Tapi cikgu, abang sering berpeluh kemerahan.

Terfikir difikiran saya, berpeluh kemerahan.....santau ???

Semoga sahabat karib yang bagaikan abang kepada saya itu ditempatkan bersama dengan orang-orang yang bertaqwa dan dikasihi Allah. Al-Fatihah.

Nota Penulis: Manusia apabila terlupa kepada Allah, dia mula merasakan hidup hanya di dunia, maka dia merasakan dia menongkat langit! Na'uzubillah !

3 comments:

Aida Ali said...

Minta dijauhilah perkara-perkara seumpama itu dari menimpa diri dan keluarga kita. Masya Allah

Ameen Homestay said...

kerja yg berkait dgn jin dan setan mana pernah berakhir hingga kiamat. biarpun dunia dah canggih. Santau, nak dakwa kat mahkamah mana ? Jalan mudah utk bunuh org. Cuma mungkin mereka terlupa mahkamah Mahsyar nanti.
yg jaga adik tuh mcm kenal je heheh. sapa tak sayang adik ? :)

sazili said...

Puan Aida & PakCu,

Itulah dunia kita hari ini. Jika ahli masyarakat gagal memahami agama dengan baik maka berlakulah hasutan syaitan yang durjana sehingga manusia lupa dosa dan pahala dalam setiap pemikiran dan perlakuan mereka. Na'uzubillah !!