Thursday, January 07, 2010

Balik setiap minggu: Kecuh juga rupanya !

Sehari dua ini sesak jugak fikiran apabila tersua ibubapa dan penjaga pelajar. Pantang berjumpa di mana, maka adalah tangan melambai. Tak kalah jugak dengan panggilan telefon dari mereka sambil melahirkan sungutan masing-masing.

Dilema jugak hendak menjawab soalan yang diaju. Tak jawab tak boleh, nampak sangat macam tak perihatin. Bila menjawab bimbang pula tersalah jawab. Sudahnya jawab secara selamat, " Sila jumpa Pengetua". Pening pulak Pengetua.

"Cikgu kalau anak saya balik setiap minggu parah jugak belanja tambang. Kalau saya datang ambil dan hantar, duit minyak banyak cikgu. Tak kanlah pihak sekolah tak ada pertimbangan. Naya kami cikgu", luah hati seorang bapa.

" Cikgu, tolonglah usahakan supaya anak-anak yang tinggal di asrama ni, tak balik setiap minggu. Bagi saya kalau nak suruh bayar pun kami sanggup," sampuk seorang bapa dari Pulau Tioman.

"Cikgu, kalau balik setiap minggu, anak saya, saya nak tumpang kat rumah cikgu," kata seorang ibu yang ada berhampiran.

"Apalah dipotongnya peruntukan untuk budak-budak sekolah yang tak tahu apa-apa ni. Menyusahkan. Potonglah asrama yang besar-besar tu." geram seorang penjaga yang sempat bersembang dengan saya sewaktu sedang minum-minum di kantin di sekolah.

"Helo cikgu, nak tanya, betul ke anak saya kena balik tiap-tiap minggu ? Tak boleh ke cikgu cari jalan selesaikan masalah balik setiap minggu tu cikgu? Minta tolong sangat-sangat cikgu", tanya seorang ibu dalam telefon.

"Insya Allah, saya rasa pihak Pengetua sudah pun berbincang dengan PPD dan PIBG bagi mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Harap akak dapat bersabar dulu. Nanti kami akan maklum apa-apa keputusan yang telah diputuskan. Ok akak ?" jawab saya entah ya entah tidak.

"Minta tolong benar-benar cikgu," luah si akak sebelum memutuskan panggilan.

Begitulah antara dailog yang sebenarnya banyak lagi yang mampu saya muatkan dalam posting kali ini berkenaan kekecuhan akibat dari kemungkinan pelajar-pelajar asrama dikehendaki balik setiap minggu kerana peruntukan asrama dipotong sebanyak 50 hari menjadi 200 hari sahaja.

Saya hanya mampu berdoa semoga pihak Kerajaan membatalkan potongan tersebut demi kelangsungan kecemerlangan pendidikan anak-anak kita di sekolah-sekolah berasrama.

8 comments:

Faris said...

Li,
Pekeliling dan peraturan memang dah termaktub dipendekkan dari 250 ke 200 hari. Walau apapun yang diperkatakan oleh pekeliling, kebijaksanaan sebagai pemimpin sekolah adalah penting. Bukanlah semestinya pemimpin ikut sebagai pak turut saja kepada pekeliling tersebut. Disinilah kebijaksaan dalam menyesuaikan persekitaran amat penting. Melalui PIBG, permuafakatan dan persetujuan bersama ibu bapa dengan pihak sekolah dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Semasa kita di SKLC dulu, pengalaman2 tersebut boleh diaplikasi. Management by crisis adalah penting berdasarkan teori2 sedia ada dan ada kalanya management by experience adalah satu faktor yang amat penting. Mestinya pengetua kau lebih bijaksana.

mantan said...

Sir,
Itulah caranya KP mengagihkan tanggungjawab kepada pihak sekolah.

Ada penyelesaiannya tu...

Anonymous said...

Assalamualaikum Pak Su,kome pun tak setuju gak anak balik setiap minggu.Bukan apa,macam-macam boleh jadi.Lebih-lebih lagi yang tinggal jauh.Kalau ada sahabat handai yang simpati dan sedara mara takkan nak tumpang tiap-tiap minggu.Nak gi ambik,jauh.Kat tempat kerja pun mungkin ada program gak.Kesihan jugak kat anak-anak.Lebih-lebih lagi kalau yang nak ambik peperiksaan.Kalau kome kenang balik asrama tempohari dan arahan balik setiap minggu,mau kome angkut anak-anak pindah kat rumah.Tapi kesihan pulak kat anak-anak,kena pulak hadapi situasi baru.PIBG dan pihak sekolah kena la layan kehendak ibu bapa.Kome rasa bagi penjaga murid tingkatan 1 mungkin dah beri persepsi negetif kat SMKSR.Fikir-fikirkan la ye Pak Su...

HASHIMME OMAR said...

Ya..memang betul, tindakan permaufakatan dengan PIBG satu cara mengatasi masalah ini. Namun dana PIBG kalau disaluaarkan ke asrama apahal dengan pelajar lain ? Mereka juga menderma. Hakikatnya pemotongan 50 hari tu memang menyusahkan rakyat. Inikah yang dikatakan RAKYAT DI DAHULUKAN ..... . Kita sedar ekonomi tengan merudum . Kenapa kerajaan tak mengakuinya dalam media. Biar rakyat faham, biar telus. Akhirnya kita yang terpaksa membuat pentaksiran sendiri.

Aida Ali said...

Apapun alasan kerajaan, kesian kat budak2 dan ibu bapanya. Dan tak sepatutnya PIBG yang ambilalih tugas tersebut. Mereka manalah ada duit sangat?

sazili said...

Faris,

Benar Faris, pihak Pengetua sedang berusaha meneyelesaikan masalah tersebut dengan bijaksana. Insya Allah, mungkin selepas ini akan ada berita yang menggembirakan para pelajar dan ibubapa serta guru-guru.

Mantan,

No Comment tapi kadang-kadang nak juga kata begitu !

Anony 1020am,

Sabar...insya Allah kita akan baiki ke arah yang lebih baik.

Hashimme,

Rasanya kita tidak gunakan dana PIBG tapi mungkin PIBG ada cara untuk membantu anak ahli-ahlinya.Ya betullah tu...rakyat didahulukan...., sentiasa didahulukan!

Puan Aida,

Susah hendak komen...memang kesian, ada yang terpaksa balik terlalu jauh Kuala Lumpur, Kuala Trengganu...apa-apa pun jalan penyelesaian tetap akan dicari.

Kawan Lama said...

bro..kerajaan xde duit. tu yg jadi gitu..bijak macammana pun pentadbir sekolah, sapa nak tanggung makan budak2 nih ? rakyat di dahulukan..memang tepat slogan tu, rakyat kena dahulukan duit utk tanggung anak2 di asrama. bis tu mana duit banayak2 ? duit tu kita gi taja F1. toyota yg terlaris jualan kereta keluar F1, kita masuk F1, hehehe. bijak.bijak..
org kata jgn tau menyalahkan aje, bg cadangan penyelesaian. ye la x salahkan mcm mana..time duit banyak joli, boros..time duit tiada, maka rakyat pula kena dahulukan duit mereka..apa nak jadi nih ?

sazili said...

Kawan Lama,

Marah nampak ? Tak pe...PM ada kata rakyat berhak menyatakan pandangan !