Thursday, January 28, 2010

Perkhidmatan Cekap: Cekap 'tahi kucing' !

Bila kita hendak cepat, memang ada ujian Allah. Perjalanan yang sesak, ada orang hendak jumpa dan macam-macam. Dalamkehidupan hari ini benarlah kita perlu banyak bersabar. tapi kita ini manusia yang lemah, tahap sabar kita kadang-kadang teruji kuat.

Bila difikirkan, banyak sungguh ruang pembaziran waktu yang tercipta dalam menjayakan kehidupan kita. Alangkah bagusnya jika ruang-ruang pembaziran waktu ini dapat diatasi untuk kepentingan ramai. Tapi siapa yang peduli ?

Bayangkan memandu hanya 15 minit ke destinasi maka sampailah ke Pejabat Pos.

Dalam pejabat Pos yang terbina cantik ada 3 kaunter. Pelanggan berjujukkan santak sampai ke pintu kaca, namun demi 'sebuah perkhidmatan yang cekap' agaknya, hanya 1 kaunter dibuka. Pekerja kelihatannya ada lebih dari seorang, empat orang, keluar masuk keluar masuk silih berganti dan ada seorang melayan bersembang sesama sendiri sambil tersengih-sengih.

Pelanggan-pelanggan dari yang kuli batak, pegawai yang bertali leher dan tidak bertali leher, suri rumah, tokeh Cina, anggota polis yang berpangkat, mat bangla dan mat indon yang bermacam bau dan bunyi, masam manis muka. Saya antara yang terselit dalam barisan yang bagaikan ular kena palu itu kerana ruang pejabat Pos yang sekangkang kera !

Kaunter tetap 1 yang dibuka! Bagi saya kalau inilah yang dikatakan perkhidmatan yang cekap, sesungguhnya ilmu pengurusan hari ini memang mengarut ! Pengurusan haram jadah !

Bayangkan 15 minit perjalanan ke Pejabat Pos, lebih kurang 1 jam 15 minit terpacak berdiri dalam Pejabat Pos dan hanya 10 minit berurusan di PPD!

Kerja berdiri untuk mendapatkan sekeping money oder hampir 1 jam 15 minit. Perkhidmatan yang cekap ? Cekap tahi kucing !!

Habis pelanggan-pelanggan dalam Pejabat Pos menjadi tidak cekap kerana hanya 1 kaunter pos yang dibuka !

Aku tak faham !!!!!

4 comments:

mantan said...

Sir,
Kucing siam ke kucing parsi tu? Kucing belang ke kucing tompok? Kucing kurap!

Ameen Homestay said...

wah marah benar nampaknya sedara kita nih. TApi kalau saya ditempat beliau pun tak tahu la berapa bakul ?><?+_)** yg akan keluar.

biasa la tuh..perkhidmatan cemerlang. hamab pun hairan, rompin ni dah level daerah, parlimen pun ada. post opis aduhai , kociknya...besar post opis muadzam lagi( walaupun ia lebih baik drpd sebelumnya, bukanlah bermakna tak bersyukur ) tp kalau dah itu yg terjadi...mau meletup gunung berapi dlm kepala :)

khidmat swasta pun x cemerlang ye ?

Anonymous said...

PEJABAT POS ROMPINLAH YANG PALING HAMPAS! PENGURUSNYA BUTA DAN PEKAK!

ybs said...

tahi kucing gandong kot....hehe

citer ttg pejabat pos ni hampir jer di kebanyakan tempat!