Wednesday, January 06, 2010

Pengalaman pertama anak sulong di Sabah

Dalam perjalanan hidup ini kita mesti tabah menghadapi apa sahaja cabaran. Cabaran pasti berguna sebagai guru yang akan mematangkan dan memperkayakan pengalaman hidup seseorang. Oleh yang demikian hadapilah dengan sabar dan tenang.

Itulah antara kata-kata yang biasa diluahkan oleh para motivator termasuk saya. Kata-kata nasihat dan kata-kata semangat adalah mainan di bibir mulut untuk meransang khalayak ke arah yang positif.

Kini kata-kata itu saya terpaksa titipkan kepada anak sulong yang baru memulakan khidmat sebagai guru di tanah Sabah. Mendapat panggilan telefon dari pihak BPG agar berada di Empres Hotel Sepang pada 3 Januari tetapi kemudian dibatalkan dan perlu pula berada di KLIA seawal pukul 5 pagi pada 4 Januari 2010.

Pada lebih kurang pukul 7 pagi dari KLIA, anak saya menelefon memaklumkan bahawa dia bakal mengajar di Tuaran Kota Kinabalu Sabah. Terus saya membuka peta untuk mengetahui lokasi Tuaran. Leganya hati melihat Tuaran tidak jauh dari Kota Kinabalu.

Anak memberitahu bahawa penerbangannya ke Sabah pukul 9 pagi. Lebih kurang pukul 3 petang anak saya menelefon bahawa dia telah berada di PPD Tuaran dan dia akan mengajar di SK Pahu. Katanya dia tengah menunggu Guru Besarnya datang mengambil. Pukul 6 petang anak memberitahu bahawa guru besarnya tidak datang ambil dan dia ditumpangkan di rumah seorang Pegawai PPD Tuaran. Terima kasih saya ucapkan kepada pengawai PPD itu kerana telah membantu dan menumpangkan anak saya di rumahnya.

Pada malam itu saya dan isteri kembali berserabut dan terasa terlau risau dan agak gelisah apabila dimaklumkan oleh anak saya bahawa SK Pahu berada lebih kurang 80 kilometer dari Tuaran dan sebahagian jalan ke Kg Pahu terpaksa menaiki kenderaan 4 x4. Penduduk Kg Pahu terdiri dari kaum Dusun yang beragama Kristian. Katanya esok pagi pihak PPD Tuaran akan hantarnya ke Kampung Pahu.

Saya dan isteri cuba menggambarkan cabaran yang bakal dihadapi oleh anak saya dari segi makan, solat Jumaat dan liputan telefon yang 'bertompok-tompok'. Katanya liputan telefon celcom hanya terdapat di ruang yang sedikit di bucu sekolah !

Lebih kurang pukul 4 petang anak saya menelefon dalam keadaan terputus-putus memberitahu bahawa dia telah sampai ke Kg Pahu dan ditumpangkan di rumah dua orang guru lama sekolah itu. Katanya hampir satu jam dia melalui jalan berbatu. Kampung itu tiada bekalan elektrik walaupun hanya lebih kurang 70 km dari Kota Kinabalu. Dia memberi tahu murid sekolah itu hanya 26 orang termasuk muridnya seramai 6 orang.

Di akhir perbualan yang tidak jelas itu anak saya memberitahu dia perlukan motosikal untuk memudahkan pergerakannya. Saya bertanya, " Kenapa tak kereta ?".

Dia memberitahu, " Untuk berulang ke sekolah tidak boleh kereta ayah, jahanam kereta".

Kini hati saya dan isteri semakin tenteram kerana anak saya kelihatan mula tenang dan cepat menyesuaikan dirinya di sana. Semoga dia akan mampu melaksanakan tugas keguruannya dengan baik kerana bukan dia seorang sahaja menghadapi situasi dan cabaran begitu. Mungkin dia lebih bernasib baik berbanding rakan-rakan sekelasnya yang lain yang juga terpaksa bertugas di Sabah.

13 comments:

mantan said...

Sir,
Saya percaya si anak itu mempunyai kekuatan dan akan cepat mengukuhkan ketabahannya. InsyaAllah.

Pasti nanti akan dikhabarkan berita-berita yang akan menenangkan hati ayahibunya di sini.

zeneth_86 said...

salam ayah...
semua ok kat sini. alhamdulillah. just kekok sket nk timing masa solat. n makan insyaallah takda masalah. doakan along kat sini. smpaikan salam buat mak. hurm, along dah mula update cerita kat sini. tengok2 la blog along. salam...

Faris said...

Li,
Jangan bimbang dan risau. Itu dah kira dekat. Banyak lagi sekolah yang lebih jauh di pendalaman berdasarkan sekolah2 yang telah saya pergi lawati di Sabah dan Sarawak. Yang penting semua sekolah mempunyai talian internet SchoolNet. Apa yang perlu ialah memanfaatkannya untuk perhubungan. Kalau talian celcom tak jelas, guna aje Yahoo Messenger/Skype/apa2 perisian messenger untuk berbual macam telefon dan video conferencing.
Sekolah aku ada terima seorang guru lepasan pertama IPGM ni. Kalau kau kata nak di Semenanjung tempoh hari, tak jadi masalah dah.
Walau apapun, cabaran sebagai anak lelaki adalah baik untuknya. Jangan ayah dan maknya yang terlalu risau. Rakan2 Ani pun ada di Sabah, kalau tak silap Cikgu Zawawi yang tinggal di sekitar Tuaran.

Anonymous said...

tahniah Pak Su,anak dah bertugas walaupun jauh.semuga along tabah.kalau boleh cepat-cepat la hantar penemannya ye.macam kome ni walaupun anak dekat je,tapi risau dan tak lena bila mengenangkan keadaan asrama tempoh hari.harap-harap dapat di selia dengan baik dan segera.terima kasih.

Aida Ali said...

Orang Semenanjung diposting ke Sabah Sarawak, orang Sabah Sarawak diposting ke Semenanjung. Kat Sepang banyak sekolah dapat cikgu KPLI Sabah Sarawak. Sekolah saya aje akan dapat 3 orang. Isnin ni mereka akan melapor diri. Semangat 1 Malaysialah kot.

ayah said...

Salam along,

Alhamdulillah along dah settle kat situ. Cuma mak agak risau sedikit. Waktu solat tengok internet. Beri tumpuan yang baik kepada tugas. Jaga diri baik-baik di sana.Ada masalah bagi tahu segera.

sazili said...

Faris,

Terima kasih di atas segala pandangan. Insya Allah semua itu akan digunakan.Hari itu bukan tak mahu minta tolong tapi anak sulong aku (Hadi) mahukan sedikit cabaran dipermulaan kerjayanya. Aku rasa Allah makbulkan hasratnya dia. Walau bagaimanapun aku mulai lega kerana dia cepat sesuaikan dirinya dengan persekitaran di situ. Kadang tefikir jugak, itu sebenarnya pengalaman baik buatnya bagi dia menilai bahawa kerjaya ini kerjaya yang sangat mulia dan memerlukan ketahanan diri yang tinggi. Insya Allah anak perempuan aku nanti (Adibah) memang aku berhasrat kepada sedikit ikhtiar engkau, tapi lambat pagi 3 tahun lagi keluar. Walau apapun terima kasih di atasa segala keprihatinan para sahabat.

sazili said...

Mantan,

Anak yang menghadapi situasi itu agak tenang bunyi suaranya tapi mak dan ayah di sini yang berserabut memikirkan keadaan anak. Macam-macam berligar tentang apa yang bakal dilalui di perantauan itu.

Mujjr dia ada blog sendiri untuk kami ketahui kehidupannya di situ. Terima kasih cikgu.

sazili said...

Anony 9.43pm,

Terima kasih di atas keprihatinan. Insya Allah nanti akan dihantar juga peneman. Tak kan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia ! Mengenai asrama, Insya Allah tindakan telah bermula.

sazili said...

Puan Aida,

Mungkinlah agaknya, pelaksanaan konsep 1 Malaysia tapi saya dan maknya, tak kisahlah satu apapun yang penting anak saya dapat bekerja dan menjalani kehidupan dengan jayanya di sana. Terima kasih puan aida.

Anonymous said...

Tak lama dapat menantu orang Dusun la hang!!!...Amin

Cikgu Jidin

Anonymous said...

asalamualaikum, terlebih dahulu saya memohon maaf kerana tidak dapat hadir mengambil cikgu Hadi di PPD Tuaran pada 4/1/2010 kerana tersalah maklumat iaitu saya mejangkakan hari selasa 5/1/2010.

sazili said...

Anon 11.02pm,

Waalaikumsalam,

Tak mengapa cikgu, perkara-perkara begitu biasa berlaku kepada saya pun, yang penting cikgu Hadi perlu menjadi guru yang baik dan dedikasi di situ.