Friday, January 22, 2010

Pengaruh dan kabel meletakkan dasar dan prinsip sebagai alas punggung !

Ramai penjaga yang mahu anaknya belajar di sekolah ini. Ramai yang layak dan ramai juga yang terpaksa menunggu pengambilan kedua. Memangpun bagi sekolah dan PPD, senarai menunggu ini adalah senarai keutamaan.

Bagi diri saya sindiri, belum lagi sahabat-sahabat saya yang lain dan juga pejabat sekolah, sentiasa menerima panggilan telefon dengan soalan, dapatkah anak saya masuk cikgu ? Layakkah anak saya cikgu? Bila kemasukan kedua cikgu? Kenapa lambat sangat cikgu? Pendek kata macam-macam soalan.

Antara jawapan yang saya berikan; sabar encik/puan tak lama lagi adalah berita. Saya tak pasti layak atau tidak kerana ini ketentuan JPN. Anak encik ni sangat layak tapi tunggulah dulu ok. Insya Allah dapat!. Begitulah antara jawapan yang saya mampu berikan kepada penjaga.

Apabila pengambilan kedua masuk, tiba-tiba ada panggilan, "Cikgu kenapa anak orang itu 3A 2B dapat masuk anak saya 4A1B tak dapat ?.

Terlopong sekolah hendak menjawab !

Siasat punya siasat, hah engkau kabel besar kepala lutut, manalah tak dapat. Demi pengaruh politik, prinsip, dasar dan keutamaan pengambilan pelajar menjadi alas punggung sahaja. Begitulah pengaruh merapu manusia merosakkan prinsip dan dasar ! Maka tertinggallah yang merungut itu terperuk di rumah-rumah yang telah pun berada diceruk-ceruk desa !

5 comments:

mantan said...

Sir,
Kerana saya tak pernah dan tidak menggunakan kabel walaupun sebesar kelingking, sebab itulah anak saya yang dapat 5A tak mendapat tawaran ke mana-mana sekolah "pilihan".

Tapi alhamdulillah akhirnya anak saya sampai juga ke peringkat masters (Matematik) seperti yang menjadi cita-citanya.

Anonymous said...

Begitulah sepatutnya kita. Tetapi sering kali anak-anak cikgu tidak mendapat peluang. Tapi tak kisahlah tu cikgu, yang geramnya sudahlah dia menggunakan kabel, dihebohkan pula anak dia berjaya ke situ kerana dia baik dengan orang itu, setiausaha menteri itu, dengan timbalan menteri itu...mana ibubapa lain tak geram !

Anak orang lain rebut peluang dengan merit, anak dia dengan kabel - memang tak adil kalau macam ni

sazili said...

Begitulah resam dunia hari ini. Banyak sngat kabel, hulur menghulur, sua menyuap dan macam-macam !

Aida Ali said...

Begitulah resam dunia. Yang berpengaruh diutamakan, yang biasa-biasa pandai-pandailah engkau.

sribuat said...

a'kum,
tahniah di atas pendedahan tuan. mmg dalam dunia kita hari ini, kalau ada kabel sebesar-besarnya, prosedur tak perlu.
prosedur hanya perlu untuk orang kebanyakan sahaja. orang terpilih tak payah prosedur.
picit suis kabel, zoom.... bolehhhh...

salam.....