Monday, September 07, 2009

Menangis

Tekanan memberi kesan kepada emosi. Tekanan datang kerana pelbagai sebab. Kalau pelajar sekolah mungkin kerana peperiksaan yang bakal tiba. Ada juga kerana faktor keluarga. Bila emosi tidak begitu stabil kerana tekanan, jiwa akan terasa sedih dan sayu. Menangis !

Itulah antara rumusan biasa yang dapat saya buat.

Melihat pelajar menengah atas menangis teresak-esak bukan perkara pelik kepada saya. Sambil menangis pelbagai cerita sedih diluahkan. Saya bukan kaunselor tapi saya terpaksa mendengar juga agar pelajar yang berada di hadapan saya rasa dirinya dilayan dan dihargai. Lagi pun mereka datang sendiri untuk meluahkan segala emosi sedihcnya bukan saya yang panggil.

Macam-macam masalah walau pun melihat kepada wajah-wajah yang datang setenang air dikali. Betullah kata pepatah orang putih dont judge the book by its cover. Masalah pelajaran dan peperiksaan, masalah mak bercerai dengan ayah, masalah ayah kerap pukul mak, masalah ayah yang panas baran, masalah ayah mak tidak solat, masalah ahli keluar minum minuman memabukkan, masalah ayah yang banyak hutang, masalah kewangan, dan macam-macam lagi yang tak sanggup hendak disebut di sini.

Sering terfikir macam manalah anak-anak ini mahu belajar dengan tenang jika dirimbunkan emosi remaja ini dengan masalah yang bukan-bukan ? Dan sering juga tertanya-tanya apakah institusi keluarga orang Melayu kini menghadapi krisis ilmu dan kualiti yang teruk ? Entahlah ...!

Pendek kata ramai pelajar begitu selesa datang ke bilik saya ini untuk menangis jika mereka terasa sedih dan sayu kerana pelbagai sebab. Kadang-kadang mereka banyak menangis dari bercerita. Ada yang banyak bercerita dari menangis. Dan ada juga ketikanya saya sendiri tidak begitu jelas apa yang ditangiskan. Yang saya tahu satu demi satu kertas tisu atas meja saya ditarik.

Yang menariknya, ada yang datang ke bilik saya memberi salam dan terus memberitahu dengan wajah hiba," sir. saya tak tahu kenapa, rasa sedih sangat ! Rasa macam hendak menangis !". Dia duduk dan terus menitiskan air mata, menangis ! Laaaa !!!!

Bilik ku bilik tempat pelajar menangis ?

4 comments:

Anonymous said...

ad jgak bdk skolah yang dtng sbb nk cte yang dia bru je clash ngn pkwe @ mkwe dia!hbs hncur hti y slame ini sngt mnyyngi psngn msng2.ble bcnta smuanya indh n bk shja smpai kentut psngn dia pn dktkn wngi.tp ble dh clash,mcm2 kata nista di lemparkn...huh,tipu snggh cnta manusia nie....(faiz omar)
(p/s:klu y cun pts cnta, sir jgn adjust plak wat no 2.hehehehehe)

sir said...

sedap ngko ngata ke orang ye faiz! Ngko dulu pun kecoh juga seri sekejap.sampai merajuk-rajuk kawan tu melarikan diri. Faiz...faiz !!

Anonymous said...

tahniah la pak su,sbb pak su jadi tempat diaorang lepaskan tangisan.Jangan nanti Pak su pulak menangis dah la.Tapi sebagai seorang ibu, saya pun kdgkala tension bila dgr anak menangis x tentu pasal.kalau x ckp 3 kali sehari kita dgr tangisan dia mcm x sah.Dah la gitu hari-hari pulak tu.Agaknya sebab ape la dia jd gitu gamoknye.

Anonymous said...

luah rasa yang didengar akan melahirkan rasa simpati....kesian ... dan mungkin dari kesian jadi kasih pulak....he...he... macam mana kalau jadi lagu tu!!!!