Sunday, September 06, 2009

Madrasah Ramadhan Karim


Bulan Ramadhan memang bulan yang penuh dengan ujian. Ramadhan yang bermakna terlampau panas sudah menggambarkan kegetiran ujian jika semata-mata hendak dihadapi dengan kekuatan anggota fizikal.

Mengikut ceritanya orang-orang Arab yang suka berperang akan menjemurkan pedang-pedang mereka dalam bulan Ramadhan ini kerana mereka yakin dan percaya dengan menjemur senjata itu pada panas bulan Ramadhan ia akan menjadi lebih tahan dan kukuh.

Oleh itu seperti pedang yang dijemur di bawah bakaran sinar matahari yang terik, bulan Ramadhan kepada umat Islam merupakan bulan ujian kepada hawa nafsu dan bulan menaiktarafkan pembangunan rohaniah individu Islam.

Dalam perjalanan pulang dari Bandar Kluang semalam, saya melihat ramai anak-anak remaja tempatan satu penempatan yang tidak tahan ujian Ramadhan Karim. Sambil menunggang motosikal beramai-ramai mereka meneguk minuman dengan bersahaja. Di bandar Endau Johor pula timbul rasa pelik bagi diri saya kerana pukul 11 pagi sudah bermula bazar Ramadhan dan sudah kelihatan manusia yang seperti orang Islam membeli nasi berlauk, 'agaknya' untuk buat berbuka pukul 7.10 petang nanti !!

Allah telah menetap bulan yang bermaksud terlampau panas ini sebagai bulan untuk berpuasa sebagai ujian yang padu dan lengkap kepada ketahanan manusia. Panas menyebabkan dahaga, letih, lesu, perut mendidih, bibir kering dan berat badan menurun mungkin sampai 10 kilo. Semua ini adalah perjuangan untuk mendekatkan kita kepada Allah Yang Maha Besar. Sesungguhnya Ramadhan adalah 'Badar' luas sebagai medan perang menuju kejayaan melalui peningkatan rohani muslim.

Mereka yang gagal mengharungi cabaran ini adalah mereka kecundang dalam meningkat ketaqwaan diri. Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 183 bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajib ke atas orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu sekalian mencapai tingkat ketaqwaan".

Benarlah cabaran puasa ini tidak mampu dihadapi dengan kesasaan fizikal jika tanpa kesasaan kerohanian diri insan.


2 comments:

Anonymous said...

wlupn brpose,bgnda n shbt dlu snggp brprng dlm pprngn badar.wlupn dlm keadaan panas,brlapar,blngn tntra y hnya 313 orng,ttp Allah bg jua kmngn...hri nie kte bknnye g brprng pn,ttp kdng2 bpose pn ad y mngluh dan ad y x nk bpose pn...(faiz omar)

(p/s:agak2,nk kne trn bala Allah kot bru nk dtng ksdran)

sir said...

fais,

Sewaktu pulang dari peperangan Badar, Nabi saw berkata kepada para sahabat kita pulang dari jihad badar untuk menghadapi peperangan jihad yang lebih besar ia iatu peperangan menghadapi hawa nafsu kita sendiri. Semoga kita semua mendapat banyak pengajaran dari ramadhan kareem yang mulai ini.

Selamat menjalani ibadah puasa faiz dan jaga kesihatan sentiasa.