Friday, September 25, 2009

Tetamu yang tidak sepatutnya di hari raya ketiga.

Hari raya ketiga lebih kurang pukul 3.30 petang. Sebaik kami (tiga buah kereta) sampai di rumah pulang dari beraya, saya terus membuka pintu, memulai masuk dengan diikuti isteri dan yang lain-lain. Saya terus ke bilik study untuk berehat.

Tidak lama selepas itu, dari bilik study saya terdengar bunyi seperti ada tetamu di luar. Saya bersegera keluar dan menjenguk dari bahagian tengah rumah. Masya Allah terkejut saya, adik ipar saya yang tak tahu apa-apa itu, sedang melayani seorang tetamu yang tidak sepatutnya diundang masuk ke rumah.

Bersegera saya memberitahu anak sulung saya supaya jangan tinggalkan ruang tamu selagi tetamu itu tidak keluar. Akur pada arahan maka bersembanglah dua orang anak bujang saya bersama bapa saudaranya sambil mengawasi tetamu itu. Sementara anak perempuan di dapur saya suruh bersegera bancuh air untuk dihidangkan kepada tetamu berkenaan.

Saya masuk kembali ke dalam bilik dalam keadaan tidak selesa dan risau. Tiba-tiba saya terdengar suara tetamu berkenaan di tengah rumah. Saya sekali lagi bersegera keluar dan bertembung dengan tetamu yang tidak sepatutnya berada di dalam rumah saya. Rupa-rupanya tetamu itu mula mahu merayau dalam rumah dengan alasan mahu ke tandas setelah meneguk sedikit air yang dihidangkan.

Saya dengan suara yang agak tinggi menyuruh tetamu itu keluar sambil menolak dia ke arah pintu. Dia agak keberatan keluar dan dengan muka serius merenung wajah saya. Suasana agak tegang waktu itu. Adik ipar saya orang Kuala Lumpur tercengang melihat saya 'menghalau' tetamu itu keluar. Di tengah-tengah rumah, saya tolak perut tetamu itu hingga dia berpusing dan menyongsongnya berjalan perlahan-lahan menuju ke pintu utama. Sambil mata merahnya merenung tajam ke arah saya, dia terus keluar dan berlalu pergi.

Saya memberitahu adik ipar saya, tetamu itu amat merbahaya kerana seorang penagih dadah, peminum arak, mencuri adalah mainannya dan boleh meragut apa sahaja yang sempat.

"Patutlah semasa kami bersembang, dia sempat tertidur ! Ingatkan dia dengar ! Khayal je nampak. Din ingat memang watak dia begitu, manalah Din tahu !!" kata adik ipar saya terkejut apabila diberitahu siapakah tetamu yang dilayannya tadi.

Anak-anak saya yang memang sudah tahu siapa sebenarnya tetamu itu hanya tercengang melihat bapak saudaranya selamba saja menjemput tetamu itu masuk ke rumah. Tapi apa boleh mereka buat, kerana tetamu itu sudah berada di dalam rumah dan telah pun duduk di sofa.

Yang menyebabkan saya marah, kerana dia mula melilau dalam rumah saya. Sebab itulah saya terpaksa mengambil langkah yang agak keras, yang tidak gemar saya lakukan, di hari baik bulan baik itu demi menyelamatkan keadaan daripada terus berada dalam keadaaan berisiko.

6 comments:

kembara kelana said...

kau adalah tetamu yang kaunantikan hari ini..datang rumah aku hari ni..raya ke 7 hari sabtu, aku masak sop tulang li...ajak ani dan anak anak sekali

yusofsipan said...

masih ramai lg anak2 bangsa melayu kita yg berkeadaan mcm tu erk....

Layan said...

Sir,
Betul dah tindakan tu. Dalam keadaan begitu, jika tetamu itu seorang penagih dadah sewajarnya dia dilayan sebagai seorang penagih dadah.

Muz said...

fuuhh..
xdpt dbayangkan keadaan tetamu 2..

sazili said...

Sop,
Maaf tak dapat datang, aku ke kuantan hari itu beraya di rumah mak-mak dan bapak-bapak saudara aku di sana sedari pagi hingga malam. Malam tu pulak hantar anak-anak ke terminal Makmur untuk ke destinasi masing-masing.

YBS,
Semua itu kerana keluarga Melayu semakin jauh dengan Islam sebagi cara hidup. Itulah akibatnya....

Layan,
Kadang-kadang terfikir juga patut ke menghalau tetamu yang datang beraya tetapi bila memikirkan soal keselamatan tindakan itu terpaksa dilakukan.

Muz,
Cubalah bayangkan... haik !!!

Anonymous said...

sir,dtng ke x ttmu sir y nk bwk suami dia skali?
smlm lju je sir tngglkn trmnal makmur?
(faiz omar)