Tanpa disangka suasana Aidil Fitri pada tahun ini begitu meriah walaupun agak meletihkan kerana kehadiran tetamu saudara mara, sahabat handai, para pelajar yang agak ramai.
Hampir tiada ruang untuk saya dan keluarga pergi berhari raya pada hari pertama dan kedua. Setelah mak dan ayah tiada maka bapa dan ibu saudaralah tempat yang akan dituju segera. Untuk ke rumah mereka terpaksa bersegera meninggalkan rumah sebaik tetamu berlepas pulang. Jika berlengah pasti akan tertangguh lagi. Itupun ada yang menelefon memberi tahu mereka sudah berada di laman rumah, kami perlu bersegera pulang.
Antara bekas pelajar saya yang hadir:
Bak bersama 9 orang geng-geng bull dozernya (jamil, salehudin, dugong, khairy, reduan, asrol, napi, atan dan seorang yang tak tahu nama) telah 'menyerang' pada hari petama menyapu bersih lontong dan satay yang dihidangkan.
Tak disangka mamat dan ruslan rawi yang telah bertahun-tahun tidak berjumpa juga datang beraya. Begitu juga dengan suliha dan zana.
Lebih sesak rumah apabila rombongan Fatehah (adik) menyerang dengan tiga buah kereta membawa mak, ayah, akak abang, abang ipar akak ipar dan anak-anak saudara.
Kemudian lebih kurang pukul 6.30 petangnya, diikuti oleh 10 orang geng-geng faiz yang hanya sempat marasa kuih-kuih kering yang sedia terhidang di atas meja.
Faezah bakal guru yang juga mentee saya datang beraya bersama keluarga yang membawa dua buah kereta sempat dihidang dengan makan malam berlauk antaranya ikan tongkol goreng.
Huda, anak angkat saya yang telah tidak berjumpa dengan saya selama lebih kurang dua tahun telah datang bersama keluarganya pada hari raya ketiga.
Kini saya menunggu seorang lagi bekas pelajar yang berjanji untuk datang beraya sambil memperkenalkan suaminya kepada saya.
Begitulah suasana aidil fitri di tahun ini. Di samping para pelajar, saudara mara kedua-dua belah pihak turut datang beraya dalam suasana yang sungguh ceria. Biasanya kuih-kuih kering masih banyak tersimpan tapi kali ini isteri memberitahu, " Bang kuih-kuih dah nak habis bang!". Alhamdulillah jawab saya ringkas !

2 comments:
assalamualaikum pak Su,nampaknya kome la yang belum sampai lagi kat rmh pak su.Tak pe nnt balik dr kg,kome gi serang rmh pak Su lak.Rasa macam nak makan laksa je.Ye lah sejak aruah mak Pak Su tak ada, dah lama kome tak g kg tu.Tiba-tiba teringat pulak.Tu lah tempat kome beraye masa kecil-kecil dulu.naik rumah tok nik,kendian rumah tok ngah,tok su sampailah kat kuala (rumah ayah Ngah Abu).seronoknyee!
Ate...kalau deme belum lagi datang rumah kome, datang le! Kome tak dok ke he nye! Habih kuih raya , kome hidang je biskut tawo, penuh lagi dalang teng tu!
Ate...datang le !!
Post a Comment