Yoyo. Pernah main yoyo ? Hayun yoyo ke bawah, ke tepi dan ada yang lebih hebat, hayun ke atas. Memang banyak teknik menghayun dan menggerakkan yoyo yang bargantung kepada kemahiran seseorang.
Yoyo jelas satu permainan yang dipopularkan sekitar tahun 1920an. Ada yoyo diperbuat daripada plastik, kayu atau logam.
Ramai tidak menyedari bahawa yoyo bukan sekadar menghayunkannya ke hujung tali gandar roda dan kembali ke tapak tangan tetapi pergerakan yoyo sebenar baik untuk otak.
Menurut ahli Psikologi Klinikal Datuk Dr Mat Said Baki, permainan yoyo menyebabkan orang yang bermain akan menggunakan fungsi kiri dan kanan otak. Pada umumnya, maklumat diproses dalam pelbagai cara oleh kiri dan kanan hemisfera otak, yang mana katanya seseorang cenderung untuk memproses maklumat menggunakan bahagian dominan.
Terdapat empat proses utama otak semasa bermain yoyo iaitu, koordinasi mata-tangan, kreativiti dan ketangkasan manual.
Kata Datuk Dr Mat Said Baki lagi, sama seperti permainan catur, tumpuan adalah satu proses yang banyak digunakan ketika bermain yoyo. Apabila seseorang memberi tumpuan kepada yoyo, bahagian kiri otak yang juga dikaitkan dengan pemikiran rasional menjadi dominan.
Ketika tumpuan diberikan ke atas yoyo, seseorang pemain boleh bertindak mengikut teknik dengan jayanya hasil daripada tindakan otak di sebelah kiri yang juga memproses mengikut lelurus, urutan dan secara logik.
Pada masa yang sama, bahagian otak yang lebih dikaitkan dengan keterbukaan kepada pengalaman dan gerak hati dalam melakukan sesuatu adalah bertanggungjawab kepada kreativiti.
Dr Mat Saat Baki juga menyatakan bermain yoyo memerlukan pemain mempelajari kemahiran dan teknik yang baru. Pemain yoyo katanya kerap mengubah teknik yang baru, Ini mencerminkan bagaimana otak bahagian kanan digunakan. Apabila permainan dilakukan secara mahir dan terlatih, yoyo menjadi satu lagi bentuk aktiviti ketangkasan manual atau jasmani.
Beliau seterusnya berkata bahawa bermain yoyo juga boleh memperbaiki prestasi akademik seseorang apabila proses belajar dan berfikir itu dipertingkatkan semasa kedua-dua bahagian otak digunakan secara seimbang.
Nampaknya laris pulaklah yoyo. Tapi awas nanti ada banyak yang pecah terutama cermin almari pinggan mangkuk anda!!

No comments:
Post a Comment