Thursday, April 30, 2009

Babi....babi....babi...babi !


Sepanjang seminggu yang lalu, berita yang paling popular baik di corong-corong radio, televisyen mahupun di media cetak ialah selsema babi. Merata-rata selsema babi diperkatakan. Pendek kata perkataan babi...babi...babi...babi...babi....riuh disebut seentero dunia. Bagi masyarakat Melayu kalau sebut babi, kasar bunyinya. Apatah lagi kalau maki kepada orang lain dengan kata, babi ! rasanya kalau tak naik penumbuk, mahu naik penampar !

Itupun apabila disebut selsema babi....selsema babi... terlalu kerap, terasa juga mualnya. Tapi hendak buat macam mana, dah babi memang sedang diserang selsema sekarang ini, mahu tak mahu kena juga sebut; selsema babi !

Namun ada pihak di Amerika Syarikat dan tempat-tempat lain yang saya dah tak ingat di mana telah mencadangkan agar jangan sebut selsema babi. Wah... mereka ni mahu juga membela babi. Mereka kata penyakit selsema babi bukan hanya berasal dari bintang babi tu sahaja ! Lantas mereka mencadangkan nama lain...antaranya mexico flu, South American Flu dan macam-macam. Bertuah babi. Ada juga manusia yang tidak mahu merusakkan imej dan menjatuhkan maruah babi. Bagus sikap manusia-manusia itu !

Tapi dalam pada hendak mempertahankan reputasi dan maruah babi, bersepah di sana sini maruah manusia diinjak-injak...contohnya di Palestin, Iraq, Afghanistan dan sebagainya.

Sehingga hari ini WHO dilaporkan tidak berhasrat menukar nama selesema babi kepada nama lain. Biarlah dengan nama itu katanya !

Mengikut laporan berita hari ini selsema babi sudah di berada di tahap 5 kerana sudah merebak keluar dari Mexico. Terdengar di telinga saya tadi antara negara yang yang telah dijenguk selsema babi ialah Israel. Spontan isteri saya menggesa..."hah...biar banyak selesema babi serang Israel tu ! Padan muka !" Kuat juga semangat intifadhah isteri saya.

4 comments:

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM...
hmmm,,tengok tjuk pun rase cam best nk bace...
sy setuju ngan artikel ni..semoga mereka sedar...pengharaman khinzir dalam Islam ade hikmahnya...


Bukan saje2 Allah swt menetapkan hukum.....

Muz said...

agak terkezut jugaklah tengok gamba babi pink terpampang di blog anda...hahahaha..
bukan ape, jarang tengok makhluk ni depan mata sebenarnya...
rasenye dah tiba masa org bukan Islam sluruh dunia menjauhi makhluk ini dan mengenali Islam...dakwah,kita yang berperanan...

Roslan Ismail said...

Allah Maha Mengetahui.

sazili said...

Anonymous 1047pm

Begitulah manusia jika tidak mendapat petunjuk Ilahi. Benda yang Allah tak bagi makan, dibelasahnya -degil ! Sudahnya babi selsema manusia yang maut.

Muzaf ahmad,

Terima kasih kerana menjenguk blog saya yang tak seberapa ni.

Saya kerap sangat tengok makhluk tu depan mata kerana saya tinggal di kawasan kampung tapi tidak lah yang berwarna pink tu.Yang saya kerap terserampak tu tak kena selsema nampak sihat je !

Saya setuju dengan muzaf, orang-orang bukan Islam sepatutnya mengkaji kenapa Islam mengharamkan makan babi.

Lan,

Allahu akbar !