Sewaktu berehat di bilik hotel di Brinchang Cameron Highland sementara menunggu giliran bertugas seterusnya, saya menonton rakaman perlawanan mingguan Premier League di TV. Saya jarang menonton pasukan-pasukan yang bertanding dalam Premier League. Saya tahu pasukan-pasukan yang saya tonton tapi saya tidak kenal siapa pemain-pemainnya kecuali yang sangat terkenal. Berbanding anak-anak saya terutama nina saya adibah, minat sungguh dia dengan pasukan-pasukan dalam Premir League, pemain-pemain dan bermain di posisi mana rasanya banyak dia tahu!
Memang kalau kita memberi fokus kepada permainan yang dipersembahkan, memang menarik. Ralit juga melihat aksi-aksi hebat pemain-pemain pasukan-pasukan yang bermain. Kadang-kadang terasa teruja dan cemas apabila menonton aksi di hadapan pintu gol. Mulut berbunyi silih berganti" Ow...tak masuk!", " Fuuh...cantik betul dia tendang!", macam-macam lagi.
Sambil menonton itu, saya terfikir akan keadaan dan mutu permainan bolasepak negara. Kebetulan pula, selepas itu saya menonton pula rakaman permainan pasukan Harimau Muda. Apalah punya kemahiran dalam keadaan pintu gol terbuka luas pemain Harimau Muda yang sedang menentang PKNS Selangor, tendang bola lambung ke atas palang gol. Punyalah geramnya rasa hati.
Kadang-kadang mahu juga bertanya, apalah yang FAM buat selama ini agaknya? Lahirkan satu pasukan, lembik. Lahirkan pasukan yang lain, lembap. Lahirkan sebuah lagi pasukan, bentat. Pasukan-pasukan yang sebaya dengan kita pada tahun-tahun 70an, 80an dan awal-awal 90an dulu seperti Korea Selatan, Kuwait, Jepun, Iraq, Iran, China,dan Arab Saudi telah meninggalkan pasukan kita begitu jauh sekali. Sayup meninggalkan pasukan kebangsaan Malaysia !
FAM macam 'monopous' idea.Takkanlah selama ini tiada satu perancangan yang konkrit ke arah peningkatan mutu bolasepak negara. Kalau ada projek-projek pembangunan bolasepak, takkan setiap projek semua gagal untuk melahirkan pasukan bolasepak bertaraf dunia?
Sebagai peminat bolasepak negara, saya sungguh kecewa dengan keadaan ini. Sudah sekian lama tiada cerita kejayaan. Yang ada ialah FAM denda persatuan-persatuan bolasepak negeri kerana rusuhan luar stadium yang entah apa-apa puncanya.
Satu petang sewaktu bersembang bola di padang sekolah, seorang guru muda yang tidak sempat dengan zaman Mokhtar Dahari dan sebelumnya, memberitahu saya, " Abang li, saya pernah tengok rakaman permainan pasukan Malaysia yang dulu-dulu, hebatlah permainan mereka. Standard sungguh! Saya kagum melihat kemahiran dan stamina mereka, rasa saya jauh tak sama dengan pemain sekarang. Permainan bertaraf antara bangsa, pasukan sekarang bermain bertaraf kampung".
Begitulah telusnya pandangan generasi muda terhadap mutu bolasepak negara. Padankah kita dengan hanya mengikuti kisah "politik" FAM sahaja dan hanya bernostalgia dengan kejayaan lalu? Sampai bila kita akan terus menanti kelahiran Pasukan Bolaseak negara bertaraf dunia? Mungkin kita terpaksa menunggu sehingga kucing bertanduk ?
6 comments:
sir,sya rse skusd hrimau mda tnggu sir jdi trainer bhgn psykologi diorng la kot bru bleh bjy.gamaknya sir kne hri2 kaunseling n bri ksdrn tntng hinanya kddkn mreka d prngkt intrntnl,bru bleh sukses kot.sir kan pkar psykologi.....(faiz omar)
cerita ttg bola sepak ni.. saya lahir zaman mokhtar dahari & saya memang pernah menyaksikan perlawanan2 yg melibatkan malaysia menentang korea, jepun, thailand, singapura dan sebagainya.. memang membanggakan.. apakah mutu bola sepak kita semakin teruk @ mutunya ok, tapi mutu orang lain makin meningkat dgn kadar yg lebih berkali ganda.. bukan kita x ada pembangunan bola dari peringkat awal, saya rasa ada beberapa faktor
1) faktor pemakanan - selagi kita duk makan nasi selagi itulah kita lembik main bola.
2) Pengurusan - selagi orang2 politik & kerabat2 yg pegang teraju kepimpinan selagi itulah mutu bola kita x meningkat.
3) kejurulatihan - selagi kita x berani berubah arah mengunakan jurulatih yang bagus2 dari latin selagi itu kita x boleh berubah. kita lebih kpd teknik kejurulatihan eropah yg sememangnya kurang sesuai.... panjang lagi ni, sir baca kat blog saya je lah
Sir seronok lah g cameron, tentu dapat banyok ilham kat sana..
Faiz,
Datanglah trainer dari manapun kalau sikpa dan semangat bermain bukan untuk egara tetapi untuk makan gaji, mutu permainan skar di tingkatkan.
P'su,
Yang lain saya setuju. Yang makan nasi tu saya tak setuju. Pemain-oemian dulu semua makan nasi. Santokh Singh makan nasi, Shaharuddin Abdullah, Namat, wan Zawai, Soh Chin Aun, Arumugam, Super Mokh dan lain-lian semua malkan nasi.
Demamlah P'su dok kat sini. Sedap dok kat pantai juga. Ku merindui Laut Cina Selatan !
Saya rasa satu je sebabnya - sikap kita yang malas. Malas nak bermain bola, malas training, malas jaga pemakanan, malas belajar dari orang lain, malas jaga fitness, semuanya berkaitan malas.
Malas dan tidak berdisplin serta banyak politiking dalam persatuan-persatuan sukan tanah air !
Post a Comment