Pergaulan bebas lelaki perempuan tak kira tua dan muda begitu berleluasa. Manusia Islam semakin ramai tidak menunaikan sembahyang lima waktu. Tahunya bekerja untuk menjadi berwang siang dan malam.
Pendidikan anak-anak kian terserahkan kepada Astro. Terpulang kepada Astrolah bagaimana menjadikan mereka. Mak ayah semakin sibuk menjayakan kemajuan negara.
Anak-anak haram ditinggal merata-rata bukan lagi perkara pelik dan anih. Pecah amanah dan rasuah bukan lagi menjadi kesalahan yang berdosa malah telah menjadi perbuatan "ah...biasalah...!". Mat rempit tidak pernah kurang, menjadi ramai ...ya. Bermula dengan rokok akhirnya ketagih dadah telah menjadi lumrah. Cikgu tegur pelajar hisap rokok, ada ibubapa kata tak apalah sekadar rokok ajelah !
Kini pandang kiri, pandang kanan, atas dan bawah macam-macam hal berlaku dan terjadi. Cukup mengecutkan rasa hati.
Padanlah dulu ribut gred di Sabah menghentam. Tsunami membaham dan membenam. Bukit Antarabangsa tersembam. Gempa bumi membunuh dan mencedera puluhan juta manusia tidak pernah menginsafkan. HIV Aid tidak pernah selesai-selesai.
Dulu terkejut kita dengan Virus Nipah dan kemudian JE. Kini babi lagi.....Babi yang selesema nampaknya manusia kian merana. Selesema babi menyerang dunia!
Dan apakah jika manusia tidak sedar-sedar lagi, tidak mahu kembali kepada Islam yang syumul, bukan lagi selesema babi, gila babi atau babi gila pula akan menyerang ? Na'uzubillah !
Petikan dari Malaysiakini:
Kesemua penternak di 797 ladang babi di seluruh negara wajib melaporkan segera kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar jika ternakan mereka mengalami sebarang perubahan kesihatan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar berkata laporan juga boleh dibuat kepada Pusat Kawalan Penyakit Haiwan jika penternak mengesan babi ternakan mereka mengalami batuk, berhinggus, bersin atau tidak mahu makan.
"Laporan boleh dibuat kepada JPV terdekat atau Pusat Kawalan Penyakit Haiwan melalui nombor telefon 03-887002041 atau SMS ke nombor 32255," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini, lapor Bernama.
Beliau berkata selain melaporkan perubahan kesihatan ternakan, penternak juga wajib melaporkan jika mendapati pekerja mereka mempunyai simptom batuk, demam dan sakit badan.
Noh berkata pasukan tindakan pantas diletakkan dalam keadaan siap sedia dan akan digerakkan ke setiap negeri apabila keadaan memerlukan dan JPV pula diarah memantau ladang babi berskala besar dan kecil.
Beliau berkata kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi menangani wabak itu dan kaedah yang digunakan bagi menangani wabak itu
adalah sama seperti yang digunakan ketika menangani wabak selesema burung.
Noh berkata orang ramai bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana belum ada kes yang dikesan di negara ini dan tiada haiwan atau produk haiwan yang diimport dari
Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang akan mengadakan pemeriksaan dan pengambilan sampel di 200 ladang ternakan babi di negeri ini untuk memastikan ternakan itu bebas daripada jangkitan selesema babi.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri Law Choo Kiang berkata pemeriksaan akan dilakukan secepat mungkin bagi memastikan tidak berlaku selesema babi di negeri ini.
Bercakap kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri, beliau berkata penternak juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan ternakan mereka sihat.
Katanya penternak juga perlu memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar sekiranya terdapat tanda-tanda ternakan mereka terkena penyakit selesema babi dan mengasingkan ternakan itu dengan segera.
"Terdapat kira-kira 300,000 ekor babi di negeri ini dan penternak diingatkan supaya memberikan kerjasama dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa," katanya.
Bagaimanapun, tiada babi atau manusia yang dikesan dijangkiti penyakit selesema babi di negeri ini, katanya.
5 comments:
li
maka geng melayu di pusat kesihatan kena check babi tokey cina...adakah sehat ke tak sehat..kalau tak sehat, kena bgi ubat...ubat dari suit rakyat. kalau sehat...tanda right..boleh jual...YB nor omar kena selalu muncul dalam tv menceritakan kesihatan babi di 797 pusat ternakan babi....kalau lah babi tu pakat bersin serentak...aku rasa separuh rakyat malaysia masuk hospital...satu malaysia kita li, satu malaysia...
macamgambar babi tunggal tuh...
Tanda bala sedang menimpa apabila pemerintah menolak sama sekali hukum Islam....hinggakan agama sendiri pun tidak dapat dipertahankan....
Anti babi,
Jangan bimbang, Menteri kesihatan kata Malaysia terselamat dari selsema babi. Cuma kita ni yang kena banyak berjaga, cuaca sekarang memudahkan kita terkena selsema sendiri!
Mantan,
Tak kira dah babi tunggal ke, babi tak tunggal ke, janji babi!
Anonymous 8.35am,
Semoga kita dijauhkan Allah dari bala bencana.
Betul tu....
Riuh tentang selesema bab* skang..
semoga kita sejahtera slalu
Post a Comment