Wednesday, April 08, 2009

Murahke udang galah Rompin?


Sebagai seorang guru banyak juga tugas di luar yang perlu dihadiri. Mesyuarat, kursus, seminar, bertugas dan sebagainya. Dalam melaksanakan tugas ini ramai orang yang kita jumpai dan bersembang dengan mereka. Satu yang menarik apabila diberitahu saya berasal dari Rompin , Pahang..."Cikgu dari Rompin ke ? Rompin tu banyak udang galah tau...murah tak udang kat sana cikgu ?"

Itulah antara yang pening saya nak jawab. Murah atau tidak ? Pertamanya saya jarang beli udang galah bukan sebab harganya, tapi sebab tak berapa minat. Sekali-sekala beli sewaktu ramai anak-anak balik, terasa jugalah besar harganya. Yang keduanya saya tidak pernah membeli udang di luar Rompin, jadi tidak tahulah saya hendak membezakannya.

Satu waktu dulu saya pernah bersembang dengan beberapa orang pencari udang galah tempatan. Mereka ini adalah pencari udang di Sungai Rompin. Kata mereka sekarang susah dapat udang galah. Ramai sangat orang mencarinya sama ada orang tempatan dan juga pemancing dan pencari udang galah dari luar.

Ulas salah seorang pemancing udang yang sedang bersembang dengan saya itu, " rasanya udang galah Sungai Rompin ni tak lama lagi pupus, ada orang tu habis anak cucu udang galah diambilnya. Mana tidak diletup, dituba pun kadang dibuat juga". Saya tidak tahu sama ada betul atau tidak tetapi itulah yang pernah diceritakan.

Dulu sewaktu saya berusia 11 tahun, ayah saya hanya memancing udang galah di parit taliair sawah padi sahaja. Hari ini kalau tak masuk ke sungai berpasal, jangan harap nak dapat udang galah Sungai Rompin.

Itulah Rompin, dulu sangat sinonim dengan bijih besi, lepas itu dengan buah tembikai dan kini begitu sinonim dengan udang galah. Kelapa Sawit ?

7 comments:

Norazman Md Noh said...

Salam cikgu, saya pun orang Rompin juga, Taman Mutiara, Tg Gemuk...tak tau pulak saya Rompin popular udang galah...nanti balik kena carik nih...

sazili said...

Salam Man, Laa...tak kan Man tak tahu ! Rasanya kalau tak silap udang galah paling besar kat Semenanjung ni memang kat rompin. Tapi seekor je yang lain bersaiz macam biasalah. Dekat sarang Tiong pun banyak udang galah apa ? Ni mesti jarang balik rompin atau dah tak jadi orang rompin kot?

Anonymous said...

sir,lau nk try mee udng glah dgn hrga patut,try la kat jln msuk ke selendang,belah kiri,udng bleh than gak besar,ad la 3,4 ekor smangkok.hrga ok la dlm 5,6inggt je.sya ngn ayah slalu gak singgah c2 lau kbtln lalu.....(faiz omar)

adiarokawa said...

sir,
kita kene buat sesuatu untuk menyelamatkan cucu cicit udang galah nie. kalau tak ... hm cucu kita dah tak dpt nak makan.

Dekat kawasan Sarang Tiong, mak saya baru tau penangkap udang nie guna cara ganas. tak taulah cara apa. anak udang pun dibedal.
xde kesedaran sivik langsung.

TrueAqua Enterprise said...

salam cikgu,sy nak bertanya.cikgu tau x dimana sy boleh dptkan udang galah sungai?sbb sy ni trader udang galah,perlukan stock udang galah utk dijual.harap cikgu boleh bantu sy..email sy di trueaqua.enterprise@gmail.com
tq

sazili said...

Faiz,

Pernah juga saya makan kat situ dengan anak-anak tapi tempay itu saya rasa agak tidak kondisif sedikit. Agak terpencil !

Adia,
Soal menyelamatkan udang galah tu harus dilakukan oleh pemerintah dan agensi-agensinya. Kita tak mampu nak buat apa-apa kecuali merungut, merintih dan berdiskusi.

TrueAqua

Secara spesifiknya saya tak kenal siapa pencari udang galah tempatan kecuali seorang dua yang sekali-sekala turun ke sungai. Bukan kerja tetap. Tetapi kalau di rompin ni semua orang tahu antara kawasan pengeluaran udang galah terkenal di kg Leban Chondong dan Sarang Tiong.Walau bagaimanapun jika saya ada maklumat nanti saya akan hubungi melalui alamat email yang disertakan.

Anonymous said...

kenape agaknya tauke kedai makan ni suka tengok plet nombor kereta dan caj mahal pada pelanggan luar?