Saturday, April 18, 2009

4 hari Cameron Highland


Empat hari berada di Cameron Highland memang berbeza cuacanya dengan Kuala Rompin. Di sana bilik tidur tidak perlu berkipas kerana terasa dinginnya terutama di waktu subuh. Di bilik air terpaksa menggunakan heater untuk mandi, kalau tidak dingin air menggigit hingga ke tulang sum-sum.


Namun demikian ada juga ketikanya tempat yang terkenal dingin di Semenanjung Malaysia ini terasa panas macam Kuala Rompin, cuma tiupan anginnya sahaja sejuk.

Paling tak selesa di Cameron ada ketikanya, kuat juga bau baja tanaman tahi ayam (?), macam juga kebun-kebun sayur di Kuala Rompin. Lalat tak usah kira, galak berterbangan ke sana ke mari terutama kawasan yang berdekatan dengan kebun sayur.


Kebanyakan masa kami berada di SMK Ringlet. Hari pertama sampai Mr Khoo Lai Heng Pengetua SMK Ringlet belanja makan laksa penang, "So delicious". Thank you Mr Khoo. Mr Khoo mencerita banyak pengalamannya semenjak berada di SMK Ringlet. Laman sekolah Mr Khoo cantik banyak bunga yang berwarna-warni.

Cameron Highland, dari segi pemandangan memang cantik. Bergunung ganang dan berbukit bukau. Sejuk mata memandang. Tapi dalam perjalanan terdapat juga kawasan tanah runtuh. Runtuh sana runtuh sini.


Bunga yang berwarna-warni banyak di Cameron. Tapi bila dibawa turun segarnya tidak lama. Entahlah apa yang terjadi bunga-bunga yang disukai benar oleh fizah dan mahana. Pantang nampak bunga, minta ambik dapat bawa balik. Rasanya dah layu !


Paling menarik semasa di jalanraya, pemandu-pemandu di Cameron yang kebanyakan memandu Land Rover buruk kira brutal juga pemanduannya. Di sebalik selekoh kalau ada lori di sebelah sana akan terdengar bunyi,"pon-pon, pon-pon". Kalau dah terdengar bunyi pon-pon tu jangan sekali-kali berada di lorong dia.


Hari terakhir sempat ke ladang strawberry dan ladang teh. Beli jugak sedikit sebagai tanda datang ke Cameron. Sayur-sayur banyak di gerai pinggir jalan. Macam-macam. Seorang nyonya pujuk saya supaya beli keledek. Katanya keledek madu, manis! Semua madu belaka, jagung-jagung madu, jambu madu! Oleh kerana madu maka belilah saya. Sesampai di rumah esok paginya suruh isteri kukuskan (sebab katanya jangan rebus hilang manis), heh...tawo heber! Aku sudah kena...madu punya pasal !


Yang paling sedap yang dinamakan jambu kristal. Macam jambu batu tapi manisnya...kus semangat ! Tapi pelik, saya terjumpa dekat hentian Tapah, warna jambu kristal lain pulak. Macam merah meron ? Kenapa bertukar warna, dicelup ke ? Macam-macam!


Agak pening kepala sewaktu memandu turun ke Tapah. Sepanjang perjalanan saya "serabut "dengan Tuan Haji Jamaluddin. Nampak rebung...sedapnya rebung ! Tuan Haji asyik bercerita sedap rebung je! Tuan Haji singgah tepi jalan nak beli rebung. Turun kereta dengan baju batik mahal, saya turun dengan blazer (sejuk konon...dan demam sikit!), harga rebung terus jadi RM10 tiga ketul kecik ! Tuan Haji puas menawar sampai bunyi bercakap pun macam bunyi orang asli semasa tawar menawar, hanya dapat turun RM2 sahaja. Kurang lagi tak buleh..kata dia. Katanya rebung ni bermusim encik...setahun sekali. Entah ya entah tidak kata hati saya.


Tuan Haji berhenti lagi di pondok jual rebung dihadapan. Kali ini harganya lain pula, seketul yang agak besar, beli lagi! Saya tengok Tuan Haji beli madu, saya pun ikut beli kerana Hajah Zahrah kata bagus untuk rawat batuk. Saya beli untuk rawat batuk sahaja ! Mudah-mudahan batuk saya sembuh. RM25 sebotol. Seorang pelanggan lain yang sama-sama berhenti di situ turut tawar harga madu RM20 tapi tak dapat. Harga tetap RM25. Pandai dia berniaga, tiada tawar menawar !


Dalam kereta, Tuan Haji bersuara, "aku beli je...kalau kena tipu dek asli tu nasiblah".


Sampai hari ini telinga saya masih berdengung kerana turun dari kawasan tanah tinggi. Masuk kelas kepala masih berdengung. Saya tanya pelajar-pelajar nak buat macam mana kepala saya macam ni ? Maizurah cadangkan saya ketuk-ketukkan kepala saya. Teah kata, "isi ayaq dalam telinga". Cadangan Atikah lagi brutal, disuruhnya isi pasir, "payah-payah sangat isi pasir je sir". Masya Allah !

3 comments:

cikguyusof said...

cikgu singgah taman kaktus tak? Lbh kurang 6 thn dulu saya ada ke sana dgn wife dan ada tulis nama kat pokok kaktus di situ, mesti tak jumpa kan.... hehehe, sepatutnya tulis nama atas batu tp kena ke kuala kubu ler pulak....

sazili said...

Cikgu yusof,

Kami tak sempat singgah taman kaktus kerana kesuntukan masa. Kalau saya tahu cikgu yusof ada tulis nama kat kaktus mungkin saya singgah juga, sebab nak tumpang tulis jugak.

Cikgu yusof rupa-rupanya pokok kaktus kecik tu oleh dibuat ulam.Pada mulanya saya secara bergurau memberi tahu sahabat saya, 'kau beli yang ni...yang boleh buat ulam", gurau saya. Tiba-tiba sipenjual tu menyampok, dia kata, "yang itu tak boleh encik kalau nak buat ulam yang macam ni sedap...betl encik". Saya tercengang rupa-rupanya betul-betul boleh dibuat ulam!Tapi saya tak belilah ...masih tak yakin sebab kaktus tu nampak berbulu je, tentu gatal tekak!

cikguyusof said...

yg berbulu tu tak semestinya gatal cikgusazili, hehehe....