Thursday, January 06, 2011

Kehidupan serba dan semakin mahal hari ini....

Sudah enam hari tahun baru 2011. Dalam tempoh tersebut banyak peristiwa berlaku dalam tanah air. Apa yang paling terkesan ialah kenaikan harga barangan. Nampaknya pandang kepada telur, naik harga. Pandang kepada gula, naik harga. Pandang kepada minyak kereta, pun naik harga. Bayaran tambahan persekolahan anak-anak pun naik harga!

Namun walaupun apapun kehidupan perlu diteruskan. Walaupun dalam suasana tekanan inflasi realiti yang begitu mencengkam semua pihak khususnya orang-orang miskin.

Pada hari pendaftaran sekolah hari itu aku sempat berbual dengan seorang bapa muda yang bertugas sebagai kakitangan rendah jabatan kerajaan merungut akan kesukaran beliau sekarang. Dengan gaji katanya rm 1000 lebih, mempunyai anak bersekolah seramai 4 orang, terasa benar tekanan hidup ini katanya.

"Teruk juga saya ni cikgu", katanya.

Aku hanya tersengeh cuba menunjukkan simpati. "Mintalah bantuan!" kata aku.

"Cikgu kita kakitangan kerajaan ini kalau minta bantuan orang tak kasi, dia orang kata kita dah ada gaji, tak perlu bantuan. Susah cikgu! Gaji bukan nya besar sangat. Angka sahaja RM 100 lebih, yang bersih potong itu, potong ini, tingga banyak mana cikgu. Tapi itulah kakau kita caka orang tak percaya. Kadang-kadang Tok empat pun tak percaya kita ni semput!"

"Nampak gayanya encik kena suruh isteri jual kuihlah, boleh membantu," cadang aku bersahaja.

"Ialah betullah tu, memang kena begitulah. Tapi cikgu kadang geram juga, orang-orang kaya macam kontraktor bayar yuran asrama RM 1 juga sehari patut bayar RM3, tapi ada BMW, kereta besar. Orang kaya yang patut bayar RM1 bayar RM3, saya yang susah ni kena bayar juga RM 1. " leternya kepada saya.

Aku hanya terdiam memikirkan kegelojohan dan ketamakkan manusia.

Tengah aku bersembang itu, tiba-tiba aku terima panggilan telefon dari seorang pengjaga memohon untuk menangguh membayar yuran pada hari itu kerana tiga orang anaknya mahu guna duit serentak.

Aku serba salah nak jawab.

Akhirnya aku hanya bersuara perlahan, "bayar insuran takaful dululah, sebab itu penting".

Pada hari itu juga aku bertemu dengan seorang pegawai kerajaan. Pegawai ini juga merungut kerana 3 orang anaknya di sekolah ini kena bayar RM3 sehari setiap seorang untuk makan di asrama. Maknanya dia terpaksa membayar RM9 sehari.

"Bayangkan sebulan aku kena bayar berapa", rungutnya.

Aku hanya tersenyum simpati.

Pada hari itu aku terus bersembang dengan seramai mungkin penjaga. Semua mereka apabila disentuh soal barang keperluan, mereka akan merungut.

Huhuhu...termasuklah aku!!

Nampak kehidupan hari ini semakin menekan. Menekan bukan segolongan orang tapi semua orang. Kenapakah jadi begini ?


5 comments:

Anne Janna said...

kt mane2 pon same je....klu dulu gaji kcik pon rse cm idop alhmdulillah walaupon anak rmai...tp kini, walau gaji bsar pon tanggungan rmai same je cm org yg gaji kcik.....ke mane2 terase sgt perbezaan nye....
tp nak wat cmne ag...org kate redha tp yg mengalami msg2 tau la...kan sir???blajar skang pon trase perbelnjaannye....

Mohd Izam said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Izam said...

pekaba... dah bermenantu hang hehehe. aku dah hilang no phone hang klu rajin pas la no hang tu kat aku 0125320911. aku sekrg di UM kampus kota. bln tujuh ni habis kot.

Aida Ali said...

Yalah cikgu... semua naik, hujan je turun sampai banjir2

sazili said...

Janna,

begitulah realiti kehidupan hari ini. panuh cabaran terutama bagi mereka yang berkeluarga dan bergaji kecil. Kesian kan! Sebab itulah dulu cikgu-cikgu selalu berleter suruh para pelajarnya belajar sungguh2. Sekarang janna faham seba janna dengar cakap cikgu2 dulu. Tahniah!

Izam,

A'ah aku dah bermenantu, anak sulong dah kahwin pun. Maaflah tak jemput hilang punca nak hubungi kawan-kawn lama. Terima kasih kerana bagi nombot telefon, akan aku hubungi kau nanti. Selamat belajar!

Puan Aida,

A'ah betul, semua harga barang naik dan hujan masih turun mencurah.