Friday, January 14, 2011

Aku hari ini....

Aduhai lama sungguh blog ini terbiar. Kesibukan menghalang beberapa kali untuk menulis di sini. Namun waktu ini aku menggagahkan juga jari jemari untuk menghantar entry seterusnya.

Sudah dua minggu sesi persekolahan. Semakin banyak aktiviti yang berjalan. Para pelajar kelihatan semakin sibuk berulang alik antara asrama dan sekolah. Aku seperti juga guru-guru lain sedang melaku banyak perancangan. Latihan ko-akademik sedang giat di sana-sini. Latihan sukan nampak seperti belum bermula, mungkin padang masih lecak kerana hujan masih mencurah.

Pagi tadi aku memandu dalam hujan lebat ke sekolah. Bayangkan memandu dalam gelap dan kelam dengan air hujan mencurah-curah. Sampai aku dekat jambatan Sungai Pontian, aku terkejut kerana berdebuk kereta aku terlanggar sesuatu. Aku tak tahu apa yang aku langgar tetapi terasa benda itu di bawah lantai kereta. Aku agak benda itu mungkin tongkol kayu yang mungkin terjatuh dari lori balak ataupun mungkin bangkai binatang seperti anjing atau babi atau kambing! Mungkin ! Mungkin juga aku terlanggar lubang! Ada lubang dekat situ ke ? Mungkin sebab sekarang musim hujan!!!

Sesampai di stesyen minyak Petronas aku sempat melihat kalau-kalau ada kesan kemek di mana-mana. Tidak ada, alhamdulillah!

Hari ini juga aku ke sekolah tidak bawa henfon. Sampai di sekolah tercari-cari di mana henfon. Tertinggal di rumah! Entah siapalah yang ada menelefon aku agaknya hari ini? Tak berjawablah nampaknya sehingga balik ke rumah petang nanti. Semalam ada beberapa orang!

Kini aku sempat menulis untuk sekejap lagi aku ada perjumpaan dengan 2 orang pelajar ku iaitu noni dan chek mengenai kajian penyelidikan yang mereka akan lakukan. Okaylah aku pergi dulu! Bye!

3 comments:

Anne Janna said...

klu tergesa2 mmg byk benda yg berlaku x spt yg kte harapkan....
sesuatu berlaku pasti ada hkmah kan sir????
i mis SMKSR a lotz....mis u all my beloved teachers.....
as grow older, I knew how u all felt especially when I enter this course to b a teacher.......

hope u'll always in the right conditions n hepi always with your beloved students and family........
I always following your blog although u not updating it..hehehehe.....
*BI sye truk ckit....klu slh grammar ke..maaf la..hehehe....I keep on trying!!!
thanx sir....

sazili said...

Janna,

Everything is okay here janna. Dont worry about ur English Language.its okay...what!! I'm proud of u!! And TQ janna, tk cr k!

Anne Janna said...

thanx sir...u 2...tke cre....wish me all da best in wat eva i do.....thanx a lot sir......