Bahasa Melayu adalah bahasa yang kaya perbendaharaan kata. Cuma aku dapat merasakan orang -orang Melayu sendiri merendahkan taraf Bahasa Melayu. Dahulu satu ketika Bahasa Melayu kembali menjadi bahasa ilmu yang mantap tapi kini Bahasa Melayu layu belum lagi mahu mekar atau dimekarkan.
Betapa mantapnya Bahasa Melayu jika dimartabatkannya. Banyak lagi istilah bahasa Melayu dari suku kaum dan dialek negeri yang belum diangkat menjadi bahasa standard yang sepatutnya telah dilakukan dengan penuh bangga dan bermaruah.
Di daerah ini contoh, aku selalu mendengar kata, "selenge", "mengkarap", "getek", "cepuah", "bokbong", "bakpe", "potek", "panar", "tonyer", "gohek", "gostan","dertoh" dan berbagai lagi. Dicatat sekadar beberapa contoh.
Sesungguhnya banyak lagi bahasa Melayu dialek daerah yang perlu dikaji seperti yang dilakukan di akhir 70an dan awal 80an dahulu untuk dimartabatkan bagi memperkasakannya sebagai perbendaharaan kata yang mantap. Ada perkataan yang aku sebutkan di atas memang ada dalam Kamus Dewan tetapi malangnya perkataan-perkataan tersebut hanya tersimpan dalam kamus kerana dasar dan sikap yang negatif terhadap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di zaman kini.
Sesungguhnya Bahasa Melayu harus dikembalikan sebagai bahasa ilmu yang dominan dan utama di negara ini.

No comments:
Post a Comment