Semenjak musim hujan ini banyak kelihatan pondok-pondok kecil di tepi jalanraya yang menjual ubi kayu. Sepanjang perjalanan dari Leban Chondong ke Endau memang mudah untuk membeli ubi kayu. Tertanya sendiri kenapa pula banyak jualan ubi kayu di musim hujan ini?
Kalau semasa aku kecil dahulu di musim tengkujuh, memang makanan utama kami antaranya ubi kayu. Ada sebabnya. Waktu itu ikan memang payah dan mahal kecuali ikan masin. Dalam keadaan hujan yang turun mencurah-curah sukar untuk menjemur padi untuk ditumbuk bagi mendapatkan beras. Jadi sebagai ganti nasi, ayah akan turun ke belakang rumah cabut dua tiga perdu ubi kayu untuk mak membuat makanan yang berasaskan ibu kayu. Contohnya ubi kayu rebus makan dengan ikan masin, ini paling utama! Sedap sangatlah pada waktu itu.
Ubi kayu rebus yang ditumbuk dengan kelapa dipanggil getuk, pun aku suka, sedap! Kelmarin dalam perjalan ke Mersing aku dan isteri sempat membeli getuk di Tanjung Gemuk.
Jadi dulu makanan yang mudah bagi orang kampung ialah ubi kayu, hanya rebus dan goreng!
Hari ini, di musim hujan ini, pun nampaknya begitu banyak ubi kayu muncul di tepi-tepi jalan. Orang sekarang agaknya gemar juga makan ubi kayu sambil mendengar curahan air hujan. Memang sedap, lagipun mudah penyediaannya. Atau untuk mengembalikan nostalgia masa dulu-dulu?
Minggu lepas aku dan isteri singgah di Sungai Puteri untuk membeli ubi kayu. Isteri aku goreng ubi kayu itu. So malam itu kami tak makan nasi, hanya makan ubi kayu goreng. Sedap jugak! Tapi terjaga di dinihari, perut kembong berkeroncong, lapar!
Nak kena nasi juga! Namun ubi kayu memang sedap terutama ketika menunggu hujan reda!
3 comments:
mmg tol sir..klu mkn ubi kayu nak2 time pnas2 dgn ikan masin....wow!!!mmg terangkat la....hehehe.....tmbh ag minum dgn teh o pnas.....huhuhu...marvellous...
tp org skang de yg xmkn pon ubi kayu 2.....diorg kate xsdap.....padahal org2 zmn dulu, mkn ubi kayu la utk idop......
mmg nostalgia kan sir.....
Janna pun suka makan ibu kayu? Macam zaman dulu-dulu je? Tapi janna hari ini ubi kayu mahal tau! Dulu hanya pergi belakang rumah cabut, pastu rebus!
em, tol 2.....pucuk ubi pon sodap cecah asam......mkn nasi pns2....mmg best la..
Post a Comment