Pagi tadi aku sempat ke bank kerana urusan rasmi. Sambil menunggu giliran aku bersembang dengan seorang pakcik yang mahu mengeluarkan wang simpanan ASB untuk buat belanja hariannya. Aku bertanya apakah pekerjaan pakcik itu.
"Kawan tak bekereje tetak macang cikgu. Kereje kampoang begitu je! Dapatlah seringgit dua oghang kate", katanya panjang lebar juga.
Kereje kampoang pakcik buek kereje ape ?" tanya aku.
"Ah...adalah menjual kelape sebiji due kat tepi jalan depan ghumah kawan tu!", jawabnya ringkas.
" Pakcik juer kelape ke? Wooeh...kelape maher le ni! Banyokler untoang pakcik, deket due ringget doh sebiji...bukan diernye!!" aku mengumpan kata seterusnya.
" Maher kelape poan tak semaher gaji awok cikgu. Kawan tetak tok cukout makan kalu nok kira. Kelape maher le ni je, bermusieng! Bukaeng mmanjang, awok tengok ar seket lagi turun balik harganyer!" ulasnya penuh keyakinan.
"Macang maner pok cik kata tok cukout makan, pokcik tak dok tanggungan dok dog?", jolok aku lagi.
" Heh...adeker menesaboh, tak dok tanggungan. Anak duer oghang lagi sekoloh kawan ni. Tingkatan lima dengan tingkatan 2 hok bongsu! Awok ingat senang nok mmbeler anok sekoloh? Le ni kawan pun tok faham barang serbe-serbi maher! Nik yang keluor duet ni, mengoghek dalam bank. Dengor cerita cina kedai depan tu khabornyer lepah raya cine ni harga guler pulok nok naik lagi. Aku pening! Kueh kat sekolah kot kot naik harga jugok, dog?" beleber panjang pakcik tu.
Aku hanya terdiam mendengar leteran dan rungutannya. Dalam hati kesian juga dengan orang kampung yang kerja kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Aku yang bergaji tetap inipun terasa tekanan kenaikan harga barangan, macam manalah orang-orang kampung yang susah-susah tu!?
Entahlah, pakcik itu memberi tahu aku kalau ikutkan hati mahu sahaja dia suruh anak yang Tingkatan 5 itu berhenti sekolah untuk bekerja membantu keluarga. Terfikir aku mungkin ramai agaknya remaja-remaja pelajatr sekolah yang diminta berhenti sekolah oleh ibubapa kerana perlu mencari kerja bagi membantu kesusahan keluarga?
Ah ruginya anak bangsa ku kalau begitu!

No comments:
Post a Comment