Friday, January 21, 2011

Aduhai masjid-masjid kita!

Hari ini hari Jumaat. Ramai yang ke masjid menunaikan solat Jumaat. Ada yang berpakaian lengkap baju Melayu bersampin. Ini biasanya kakitangan kerajaan! Ada juga yang berpakaian T sahaja dengan berseluar jeans. Ternampak juga seorang dua yang berkemeja. Yang berjubah berserban ada juga terutama di kalangan yang telah berusia bersama tok bilal dan tok imam. Yang ramainya berbaju Melayu dan berkain pelekat. Ini ramai!

Yang paling mencabar di masjid waktu solat Jumaat ialah waktu tok khatib membaca khutbah. Keadaan dalam masjid sangat bergantung kepada bagaimana gaya dan cara tok khatib membaca khutbah. Kalau yang bersemangat, suara jelas dan lunak, bacaan lancar dan isi khutbah yang relevan maka suasana dalam masjid sangat berbeza. Jika tidak semua tunduk, entah bertafakur, entahkan berdengkur! Nasiblah..... puas bertongkat mata tapi tak termampukan dek kerana nada khutbah yang melankolik dan dengar tak dengar walaupun duduk di saf hadapan.

Sayang, khutbah yang merupakan bahagian yang terbaik untuk mendidik dan membimbing makmum menjadi tidak bernilai dari segi ilmu kerana khutbah yang lapok, membosankan dan tidak relevan langsung kadang-kadangnya.

Mengapakah jadi begitu? Keadaan ini wujud di banyak masjid di banyak tempat. Seolah-olah Malaysia negara tercinta ini sudah tidak ada bakat-bakat yang berkelibar dalam menyampaikan khutbah secara berkesan dan menarik minat makmum. Sampai bilakah masjid-masjid kita mesti begini? Bukan di semua masjid tetapi di banyak masjid!

2 comments:

Ameen Homestay said...

apa kata tuan mohon tauliah bg khutbah ? :)

boleh la berkhutbah. Jgn baca khutbah. nanti makmum tido.
tp baru nih masjid muazam sgt bagus khutbah dan khatibnya..khutbah tentang gejala zina. di muadzam sahaja statistik hingga bulan berapa baru nih..dah ada 37 anak luar nikah..
hebat pencapaian warga muazam

tuan..link kan la..tulisan ini di FB..baru la ramai yg membaca dan meberi komen. insya allah utk kebaikan bersama. kita berkongsi.

permisi dulu.
moga tuan "Tenang" selalu !

sazili said...

PakCu,

Rasanya tak layak...

Wah bleh tahan warga mshah yek..37?! Itu belom lagi warga rompin!

Dah terlalu jarang masuk ke FBlah. tak tahulah rasa macam dan tak ada mood ke situ...tengoklah nanti kalau ada mood!