Wednesday, August 25, 2010

Setiap Ramadhan pasti ada yang malang kerana mercun: Kenapa orang Melayu susah belajar dari apa yang berlaku saban tahun?

Persoalan yang terus menjadi tanda tanya, apakah dengan berlakunya letupan mercun yang mengorbankan nyawa seorang kanak sehingga mayat anak malang itu tersangkut di atas sebatang pokok, menjadi pengajaran kepada semua?

Apakah selepas kejadian yang malang itu, semua pihak merasa terkejut, sedih, ralat dan menyesal dengan kehilangan nyawa yang sia-sia seumpama itu?

Apakah selepas kejadian yang dahsyat itu, tiada lagi bunyi letupan mercun kerana semuanya takut dan gerun peristiwa malang seumpama itu dari berulang kembali?

Apakah selepas kejadian yang sia-sia itu, para ibubapa semuanya mengambil langkah tegas melarang dan menghalang anak-anak mereka bermain mercun di malam Ramadhan yang mulia ini?

Apakah selepas kejadian seorang kanak-kanak terbunuh kerana mercun masih ada lagi bapak budak yang akan terhegeh-hegeh menghiburkan anak-anak mereka dengan bunyi mercun ?

Dan apakah masih ada lagi dalam negara ini bapak-bapak budak yang tak empuk dan tidak reti bahasa sehingga sanggup mengorbankan nyawa manusia khususnya ahli keluarga sendiri untuk mati 'percuma' seperti yang berlaku di Trengganu itu?

Atau bapak-bapak yang seumpama itu wajar jugak 'diletupkan' dengan mercun sebagaimana meletupnya si anak yang malang itu?

Sesungguhnya, haiwan yang bernama babi pun sering menjaga keselamatan dan sayangkan anak-anak babi, sering menjauhkan anak-anak babi dari bahaya! Kalau tidak percaya tontonlah Animal Planet, macam-macam kisah binatang yang bapak-bapak manusia yang tidak bertangungjawab boleh ambil pengajaran!

Aku tidak kecewa malah bangga kalau adik Khairul Arif Ayub 6 tahun itu mati seperti matinya anak-anak Palestin kerana diletup Yahudi sewaktu dia sedang melontar batu kepada regim syaitan laknat itu!

2 comments:

myhas said...

Cikgu,

Akak masih ingat lagi kata Mantan PM kita, "orang Melayu mudah lupa". Tapi kan, kenapa peristiwa kemalangan mercun banyak berlaku di pantai timur ye?

sazili said...

Akak,

Memang orang kita ni mudah lupa dan susah benar hendak mengambil peringatan dan pengajaran daripada apa yang berlaku setiap ramadhan, setiap tahun.

Tahun ini sampai rumah meletup dan anak mati tersangkut atas pokok, tahun depan ada lagi main mercun dan rasanya ada lagi yang kemalangan.

Soal banyak berlaku di pantai timur saya rasa kebetulan je kot. Kemalangan mercun ni berlaku di mana-mana terutama di kampung-kampung. Oleh kerana pantai timur ni masih banyak kampung, maka saya rasa itulah yang banyak main mercun dan berlaku kemalangan akibat letupan mercun. Agaknyalah ...!