Sehari dua ini Buletin Utama TV3 memaparkan kisah remaja terlampau. Kalau tidak silap apa yang aku dengar, seorang remaja itu memberi tahu wartawan yang menemuramahnya, bahawa semasa dia bersekolah di tingkatan 4 dan 5 telah melakukan hubungan seks dengan 20 hingga 30 orang lelaki? Masya Allah....!!!
Yang seorang lagi pula memberitahu puncanya ialah bahan porno dari internet. Download dari internet masuk ke telefon bimbit maka merebaklah gambar-gambar lucah itu secara bluetooth dari satu telefon bimbit ke satu telefon bimbit. Tengok ramai-ramai dan selepas itu buatlah kerja-kerja tak senonoh yang menjahanamkan itu!

Aku juga terdengar rungutan dan ada cadangan yang dikutip oleh wartawan TV3, agak-agak bagaimanalah hendak di atasi masalah ini. Dalam penganjuran Kempen Prihatin, masih ada bayi-bayi yang dibuang, dicampak ke serata tempat dan dihurung-gigit oleh semut merah ke seluruh anggota. Entah-entah dah banyak juga yang dimakan anjing tak berkubur.... Siapa tahu!?
Rata-rata yang memberi pendapat menyalahkan ibubapa. Betul jugak...! Errmm...ibubapa !!
Tapi aku terfikir pula bagaimanalah anak-anak itu hendak pandai dikawal, kalau ibubapa sendiri buruk perangai dan akhlaq?
Ibubapa yang tidak solat subuh banyak mana di negara 1Malaysia kita ini. Bertimbun!! Bagi aku solat subuh satu solat wajib yang cukup tinggi darjatnya, satu solat yang merupakan ujian terhebat kepada manusia Islam, solat yang menjad penentu keimanan dan bertaqwaan atau tidak orang Islam pada hari itu, telah menjadi begitu jauh dengan orang Islam dan jika begitu senarionya bagaimanakah ibubapa kepada anak-anak Islam itu mampu mendidik anak untuk berperangai mulia?
Satu lagi yang aku sering terfikir, ibubapa yang gagal itu siapakah yang membentuk mereka begitu? Acuan yang macam manakah yang membentuk mereka menjadi ibubapa begitu? Dan sistem pendidikan yang bagaimanakah yang menjadikan mereka ibubapa yang gagal begitu?
Maaf....kita gagal sebenarnya ! Gagal dalam melahirkan kemanusiaan!! Cadangan-cadangan kita yang terbaru pun tidak berorientasikan kepada kaedah membina kemanusiaan solehin! Mampukah membina sekolah untuk mengumpul gadis-gadis bunting menyelesaikan masalah? Sekurang-kurangnya buatlah cadangan yang munasabah: Perkasakan proses Islamisasi sistem pendidikan kita supaya kita mampu melahirkan ibubapa yang berkualiti untuk generasi akan datang . Jika tidak kita akan terus melahirkan ibubapa yang gagal itu sebagai warisan kita.

4 comments:
Masa zaman remaja dulu emak akak pernah berpesan bawa akak tidak akan termampu untuk mendidik anak-anak seorang diri. Akak memerlukan orang kampong (masyarakat) untuk mendidik mereka. Masyarakat perlu menegur kesilapan mereka. Manakala ibubapa perlu menyiasat perilaku anak-anak mereka. Bukan menyalahkan masyarakat sepenuhnya sekiranya mendapat teguran dari mereka perihal perilaku anak-anak mereka. Dgn ini akan wujud perasaan hormat dikalangan anak-anak terhadap orang yang lebih tua. Seterusnya malu untuk melakukan perkara yang negatif di lain kali.
Namun.............. ibubapa sekarang ...............
Akak,
Saya tumpang risau juga kerana sekarang ni ramai remaja dah dewasa dan dah nak kahwin. Yang cerdik dan ada ilmu dan bermoral tak apalah. Masalahnya remaja yang tidak cerdik dan yang tak ada ilmu dan tidak bermoral, zaman sekolah dulu keciciran...yang ini kalau menjadi ayah dan mak macam mana agaknya? Golongan ini yang ramai ni yang bakal menjadi ibubapa! Pihak sekolah buat ceramah keibubapaan, ibubapa yang macam nilah yang selalunya gagal hadir! Macam mana mereka ni hendak dapat ilmu mendidik anak-anak. Pendek kata anak-anak mereka hanya dibela tak ubah macam bela ayam itik. Maaf akak..geram!
ibubapa sekarang bela anak macam bela kambing dan lembu.... beri makan je....agama hanya hanta anak mengaji. Kat rumah azan berkumandang depan TV tapi tak pulak pergi sembahyang... sama-sama gelak-gelak dengan anak... tak pandai sekolah takpe. Yang perempuan boleh keje kilang ataupun cepat kahwinkan... selesai masalah. Yang lelaki lantaklah nak jadi apa....inilah dunia akhir zaman.
Anony10.13,
Betul tu. Hari ini ramai ibubapa yang tidak budayakan hidup beragama dalam keluarga mereka. Hidup stail orang putih, kulit gelap...sembahyang bang entah kemana hala...keluarga teruk !
Post a Comment