Wednesday, August 11, 2010

Amalan-amalan di bulan Ramadhan Kareem


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi(ayat 107-110) supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih dan jangan tinggal solat witir.
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat kepada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama orang tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap dan perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat, istighfar , bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau yang telah meninggal dunia
42) Melazimkan solat di awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Wallahu Aklam.

5 comments:

myhas said...

Cikgu,
Terima kasih bebanyak dengan ingatan-ingatan yang dicatatkan. Diharapkan agar amalan ramadhan pada tahun ini jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Selamat melaksanakan ibadah puasa secara zahir dan batin buat cikgu sekeluarga.

sazili said...

Kak Hasmah,

Buat akak dan abang, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga segala amal ibadah kita diterima Allah.

Hari ini hari pertama berpuasa, terasa mendidih juga perut ni namun apalah sangat berbanding dengan penderitaan para sahabat kita di Palestin dan ditempat-tempat lain.

Berbuka apa petang ni akak? Saya dengan ani (kami berdua je ni kat rumah) berbuka dengan jemput kurma je !

Anne Janna said...

salam ramadhan sir....moge kite sntiasa bwh lindungan rhmatNya...insyaAllah especially in this special month....
just want 2 wish Selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak.....
moge ramadhan kali ini mmberi seribu makna dlm idop kite ye sir....
thanx atas ingtan yg dberi..moge saye n sape2 yg mmbaca cuba yg terbaik mmpraktikkan nya..insyaAllah.....sekian dulu sir...

sir said...

Salam janna,

Lama tak dengar berita. Insya Allah semoga kita mampu menjalani ibadah puasa tahun ini dengan cara yang terbaik dan diredhai Allah. Semoga janna terus berjaya da;am hidup.

myhas said...

Cikgu, terima kasih bebanyak.

Akak cuma berbuka roti jala yang abang beli dan cempedak goreng (dari tanah yang baru dibeli). Kami tinggal bertige je kat rumah ni. Beritau Ani akak nak belajar buat jemput-jemput kurma.

Akak tahu Ani kalau bab masak memang kreatif. Bilelah agaknya akak dapat makan sambal peparu goreng yang Ani buat. Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.