Menonton sejenak youtube seorang pelajar sekolah di Sarawak bertengkar dan menumbuk gurunya, hati aku terasa cukup pilu. Simpati aku kepada rakan sejawat guruku itu begitu sekali terasa walaupun banyak NGO terutamanya Presiden Gabungan PIBG Malaysia menyalahkan guru.
Begitulah nasib seorang guru. Orang melihat guru sekarang sudah bergaji besar sahaja tanpa melihat guru berkerja 24 jam sehari untuk menjaga, mengawal dan mendidik anak orang lain. Kalau mengikut undang-undang buruh sedunia memang telah lama guru-guru terpaksa tolak tepi undang-undang itu. Bayangkan suatu waktu dulu, pukul 1.30 pagi aku dikejut untuk bergegas ke asrama kerana ada pelajar sakit tenat. Perjalanan ke asrama sejauh 30 km meter dengan keselamatan guru sendiri tidak terjamin, guru meredah segala.
Rakan sejawat aku di Sarawak itu pasti berniat ikhlas untuk mendidik dan mendisiplinkan anak bangsanya, kalau tidak masakan sanggup dia berkhidmat di Sarawak. Bayangkan Timbalan Menteri Pelajaran pun hampir mahu pengsan untuk sampai ke lokasi guru yang bertugas nun jauh di pedalaman, namun setiap tinadakan guru tetap menjadi bahan kritikan seolah-olah pelajar yang melawan guru tu sentiasa benar dan perlu ditatang minyak yang penuh.
Aku pernah melihat seorang sahabat guru yang begitu lemah lembut dengan para pelajarnya tetap menjadi bahan 'menganjing' anak muridnya baik di luar sekolah, dalam kawasan sekolah apatah lagi di dalam lekas. Setiap arahan guru tidak diendahkan malah guru hanya mendapat ejekan dan gelak ketawa pelajar. Tak dapat aku bayangkan jika sekiranya guru yang baik ini merotan budak ini, sudah pasti guru yang puas dipermainkan oleh budak itu dipersalahkan.
Bagaimana guru yang berdepan dengan pelajar di Sarawak itu kalau dia merotan pelajar yang kurang ajar itu? Sudah pasti guru ini akan dicemuh kerana perangai seorang murid yang biadap dan kurang ajar. Pelajar akan terus semakin biadap kepada guru-guru kerana mereka tahu puak-puak yang bercakap banyak dan hanya tahu memberi cadangan itu tetap tidak buat apa-apa seperti apa yang buat di sekolah.

No comments:
Post a Comment