1. Peringatan kepada manusia terhadap sesuatu kesalahan yang dilakukan selama hidupnya dan Allah mahu memberikannya kesempatan sebelum berakhir kesempatan untuk membaikinya.
2. Agar iman hamba-Nya itu bertambah bahawa kesalahan atau apa yang berlaku, bukan bererti menyalahkannya tetapi berlaku atas ukuran takdir-Nya.
3. Untuk mendekatkan hamba kepada Penciptanya, kembali kepada Tuhan yang telah dilupakannya serta jauh dari keadaan terasing daripada Allah.
4. Penegasan terhadap kuasa Allah dan kelemahan terhadap sesuatu ciptaan manusia yang sangat mengharapkan Allah.
5. Anjuran agar segera melakukan amal kebajikan sebelum datangnya azab daripada Allah yang membinasakan segala sesuatu.
6. Menambah kepekaan manusia terhadap kematian dan berusaha untuk memperbaiki diri dalam meneruskan kehidupan di muka bumi ini.
7. Meruntuhkan dominasi keduniaan dengan segala apa yang ada di dalamnya daripada pandangan orang yang ditimpa musibah itu.
8. Agar menjadi peringatan kepada mereka yang bergelumang dengan maksiat bahawa bila-bila masa Allah boleh menurunkan azabnya bagi mereka yang engkar.
2 comments:
Cikgu,
Sebagai hamba Allah kita mmg lemah. Berazam untuk memperbaiki diri, namun kadang-kala kecundang oleh kealpaan diri. Walaupun diberi Allah dgn kewarasan akal fikiran, tapi kecundang dgn keegoan dan ketakburan diri sendiri. Nafsu yang diberi sukar untuk dikawal. Dari itu Allah sentiasa menyuruh kita muhasabah diri dan bertaubat. Biarlah setiap masa kita bertaubat.
Berdoalah kpd Allah semoga kita sentiasa dipelihara dari azab kubur dan api neraka. Juga Allah redho kita menjadi hambaNya. Amin.
Betul kak,
Kita perlu terus muhasabah diri, supaya tidak menjadi orong yang riak, sombong dan lupa diri.
Post a Comment