Thursday, April 09, 2009

Sana pecah, sini bocor, sana gelap, sini tak berair !

Pada satu program saya menghadirkan diri ke sebuah sekolah. Berkali-kali saya lalu di laluan yang satu, berkali-kali juga saya terperasan kepada apa yang saya lihat. Terfikir saya kena jadi begitu ?

Bayangkan dari celah-celah beam simen di bahagian bumbung sekolah, air menitis sehingga terpaksa bertadah dua biji baldi. Bahaya sungguh kata hati. Tak mungkin Pengetua sekolah tidak sedar. Dan tak mungkin Pengetua sekolah tidak membuat laporan dan tak mungkin PPD dan JPN tidak tahu. Rasanya semua tahu tapi apa boleh buat ? Hendak baiki sesebuah bangunan yang seumpama itu bukan sikit peruntukan diperlukan. Tapi apakah keadaan itu perlu dibiar begitu sedangkan di tingkat bawah bangunan itu ada pelajar ? Bagaimana kalau runtuh seperti runtuhnya Hingland Tower ? Pasti Pengetua akan dipersalahkan.

Saya ini bercakap tentang sekolah orang. Di sekolah saya pun serupa. Baik di sekolah mahupun di asrama, pun keluar air dari celah-celah beam simen itu. Mengikut pandangan kasar keadaan seumpama itu cukup merbahaya. Tunggu masa runtuh sahaja dan siapa yang akan menjadi mangsanya tidak tahu. Laporan demi laporan telah dibuat namun keadaan serupa juga kerana apa ? Kerana wang peruntukan tidak dapat atau tidak dapat lagi ? Bila hendak dapat agaknya ? Apakah sekali lagi menunggu pelajar atau guru menjadi mangsa, baru ada peruntukan jatuh dari atas langit !

Pernah suatu hari Pengetua tidak benarkan pelajar-pelajar melalui satu laluan kerana beam atas terkopak. Terpaksalah saya bersama beberapa orang guru menjolok-jolok jatuh simen yang terkopak itu untuk mengelak bahaya menimpa.

Pelik saya, bangunan yang terbina lebih 28 tahun yang lalu masih tiada masalah, bumbung tidak bocor, beam tidak melilih air, pintu tidak tercabut sedangkan bangunan yang baru terbina baru 7 tahun telah sungguh menyiksakan. Bumbung bucor, salur najis tandas bocor, beam pecah, lantai pecah, pintu tak pasal-pasal terkopak, pulak tu nak baiki bukan main susah, semua frame pintu aluminium, bukan boleh dipaku-paku. Kalau pintu bangunan lama senang sahaja dibaiki.

Lain kali tolonglah janganlah buat bangunan macam ni...merbahaya dan membaziiirr!!

4 comments:

Faris said...

Li,
Begitulah mutu pembinaan sekarang. Kualiti barang pun begitu. Harga dahlah melambung. Itu juga yang saya alami di sekolah saya yang baru diserahkan. Bila pegawai KPM turun bersama kontraktor, apa2 saja kerosakan akan dibaiki sewaktu cuti sekolah yang baru berlalu tetapi hanya janji didepan saja tetapi realitinya tidak kerana yang penting pihak KPM tandatangan dan mereka dapat payment. Apa yang dikatakan semuanya betul. Hasrat hati baik Pengetua/GB. PPD, JPN & KPM nk baiki tetapi masalah kewangannya pula. Bertahan ajelah.

Anonymous said...

Projek politik macam tulah.... orang lain kembung perut...yang jadi mangsa..kita-kita ni yang hanya tahu angguk kepala!!!

mantan said...

sir,
ada mata kenyit, ada telinga bisik!

sazili said...

Salam Faris,
Masalahnya Faris sampai bilalah hendak bertahan. Kita ni hari kat sekolah, hari2 tengok dan melihat bala yang bakal menimpa. Anak-anak murid kita bersimpang-siur di bawah. Keselamatan mereka tanggungjawab kita. Pada waktu yang sama kerja P&P kita perlu berjalan lancar.Bangunan semakin reput. Kadang-kadang aku rasa cikgu2 dan pelajar2 di bangunan baru macam duduk atas bom jangka saja pulak!

Cikgu wahab,

Dalam makna tu !