Saturday, April 11, 2009

Kenapa saya tidak boleh pandang mata lelaki ?


Kelmarin sebaik habis kelas pada pukul 1.40 petang saya rasa sangat dahaga. Setelah melepaskan pelajar saya pulang, saya bergegas ke kantin sekolah untuk mencari segelas minuman. Saya minum sambil memerhati dari jauh ke arah sekolah dan melihat keletah dan perangai anak-anak murid saya yang masing-masing menuju pulang ke asrama. Macam-macam kelaku terutama pelajar-pelajar kecil Tingkatan Satu dan Dua.

Sedang saya mengamati suasana tersebut kelihatan seorang pelajar perempuan datang ke arah kantin. Dia berjalan cepat dan tunduk-tunduk sahaja. Saya memang kenal pelajar ini, seorang pelajar yang baik akhlaqnya dan sangat pintar orangnya.

Saya menyangka dia hendak membeli di kantin rupa-rupanya dia menuju ke arah saya. Dia bertanya saya, adakah dia mengganggu saya. Tidak jawab saya. Dia bagi tahu dia ada soalan hendak bertanya saya. Saya mempersilakan dia bertanya. Pelajar ini terlalu jarang berjumpa dan bercakap dengan saya secara bersemuka begitu.

"Sir, kenapa saya tidak boleh memandang mata orang lelaki apabila saya bercakap dengan mereka? Saya rasa takut sangat."tanya pelajar tersebut.

Tergamam saya seketika kerana saya tidak sangka itu soalannya. Lagipun siapa saya untuk menjawab soalan seperti itu bagi memuaskan hati pelajar ini. Saya tidak tahu apakah jawapan yang betul dari segi psikologi kerana begitu banyak faktor yang perlu dikaji seperti, sifat pelajar itu, latar belakang sosial dan keluarganya dan macam-macam. Namun demikian saya perlu memberi jawapan.

Setelah puas berfikir, pelahan-lahan saya menjawab, "Apa yang kamu alami ini adalah perkara biasa bagi si gadis seperti kamu. Itu sebenarnya satu sifat yang bagus yang kamu miliki. Insya-Allah dengan anugerah Allah itu kamu akan terpelihara dari sebarang fitnah yang boleh menyusahkan kamu. Allah sayangkan kamu. Masalah kamu ini akan beransur-ansur hilang setelah kamu semakin membesar dan semakin matang apatah lagi jika sekiranya kamu telah berumahtangga nanti. So jangan kamu risau sangat dengan perkara ini okay!".

Dia mengangguk-angguk kepala sambil memandang ke arah lain. Akhirnya saya bertanya kepada pelajar ini, " Kenapa kamu tanya soalan ini kepada saya ? Macam penting benar ? Apakah yang kamu alami ini mengganggu kamu sekarang ?"

"Dah lama saya hendak bertanya sir masalah saya ni, tapi nampak sir macam sibuk saja. Takut juga nak tanya. Saya pula lebih selesa tanya sir soalan-soalan yang macam ni, bimbang...takut bertanya kepada orang lain akan timbul salah faham terhadap saya pulak."

Saya hanya tersenyum angguk, sambil memikirkan.... itulah gelora remaja. Saya hanya berdoa semoga gelora itu tidak mengganggu kecemerlangan pembelajarannya.

"Sir jangan bagi tahu siapa-siapa, ini rahsia saya" pintanya sambil mohon izin pulang ke asrama.

"Dont worry!," jawab saya ringkas.

7 comments:

mendewa said...

mata memandang...mata berkata...dari mata turun ke hati...

bertuahnya anak murid cikgu yang pandai menjaga matanya dari bertentangan dengan mata lelaki...

Seri Suryati said...

dari kerana mataaaaaaaaa
yang mempunyai kuasa
oh aku tergoda
aku tergoda
terkecewa
dari kerana mataaaaaaaaaa

begitulah powernya mata nyanyian R. Azmi

cikguyusof said...

dulu saya pun tak berani nak bertentangan mata sgt dgn org pompuan ketika bercakap tp kini mcm berani ler pulak, rasa2nya itu tanda iman saya yg semakin lemah la...

Anonymous said...

MASYA aLLAH BGSNYER bdk 2 sir...mdh2hn lbh bnyk muslimah mcm bdk 2.(faiz omar)

sazili said...

mendewa,
Rasanya sukar lagi hendak kita jumpai wanita yang takut bertentangan mata dengan lelaki. Mungkin satu dalam seratus kot.

Cikgu seri saya memang minat lagi r azmui tu.

Cikgu yusof tak apa bertentangan mata dengan perempuan kerana banyak pengalaman.

Faiz hanya sir yang tahu budak itu kerana dia yang bagi tahu sir dia begitu. Faiz tak tahu dan tak kenal...!

kunan said...

Saya tak suka sangat tengok lelaki, saya suka tengok perempuan. Saya tak tahu pula orang perempuan suka ke tidak melihat saya. Tak apalah mereka tak suka pun. Yang susah orang rumah saya bila saya banyak tengok perempuan. Dalam usrah malam tadi ustaz bagi tau kita boleh tengok sekali pandang je terhadap orang perempuan, pandangan ke dua tu dah jadi lain. Masalahnya orang perempuan membuatkan kita orang lelaki suka pandang kat dia (istigfar juga, tapi mata tetap memandang), masih tak boleh didik mata ini. Dalam Anugerah Berita Harian baru-baru ini pun terkejut beruk melihat artis-artis yang saya minat berkemban bagai nak pergi ke jamban je....Nampaknya sudah sampai masa kita orang lelaki banyakkan membaca Al-Quran dan memahami isi kandungannya.

sazili said...

ayahku,
Memang tak silap dan tak salah, semua lelaki serupa suka tengok perempuan. Kalau ada lelaki yang tidak suka tengok perempuan tentu ada yang tak kena.

Persoalannya, tengok bagaimana ? Ayahku pun dah terangkan. Pendek kata pandangan pertama rezeki, pandangan selepas itu mencari. Kesimpulannya pandanglah dengan iman dan budiman !