Tuesday, September 30, 2008

Terus tabahkan hati dan kuat keazamanmu wahai sahabatku

Sewaktu berbuka puasa di SK Rompin tiga hari yang lalu, saya diberitahu dengan gembiranya oleh seorang sahabat lama, Masdi Abdul namanya bahawa dia dah lama tidak merokok. Saya bertanya dengan lurus bendul, "mengapa ?".

"Dah bulan puasa", masdi menjawab. He..he...Masdi gelak.

"Ah...buat apa," saya perlekehkan dia. "Berhenti sebulan lepas tu sambung balik".

Sambil menjauhkan sedikit kepada dari saya, dengan wajah serius dia berkata "ah...tu lah ngka...".Dia bagi tahu dia dah berhenti sebulan, siang dan malam dan dia tidak akan sambung semula.

"He...he..." saya ketawa kecil sambil menjuehkan bibir. Saya bukan tidak percayakan sahabat saya seorang ni, tapi susah nak percaya seorang perokok tegar yang berkata begitu. Namun prasangka baik tetap ada. Saya yakin kalau sekuat itulah keazamannya mahu berhenti merokok dan mengambil sempena ramadhan al-mubarak ini, saya yakin Masdi akan berjaya kerana saya tahu sahabat saya ni kalau dia kata dia nak, biasanya dia dapat dan dia boleh. Teruskan keazaman itu Masdi dan kita berjumpa lagi di mana-mana nanti untuk bertanya khabar. Selamat berjaya Masdi.

Masdi dah tahu, cuma saya nak tulis juga kat sini. Setiap batang rokok yang dinyalakan mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan dan boleh menyebabkan kematian.

Antara bahan kimia yang digunakan:

1. Metoprena iaitu bahan kimia yang digunakan untuk menghapuskan kutu pada binatang peliharaan.

2. Benzopirena terdapat di dalam asap rokok yang merupakan bahan kimia penyebab kenser yang berbahaya di dunia.

3. Aseton merupakan bahan kimia yang digunakan untuk membuat pengilat kuku.

4. Turpentin merupakan racun yang kebiasaannya digunakan sebagai penanggal cat. Selepas mengecat rumah kita gunakan turpentin untuk menanggal cat pada berus cat atau apa-apa sahaja.

5. Butana merupakan komponen utama petrol.

6. Nikotin merupakan sejenis dadah yang mampu bertindak balas di dalam otak dan memberi kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca ketagihan kuat kepada mereka yang menghisap rokok.

Kepada sahabat-sahabat yang telah mengambil insiatif berhenti merokok dengan mengambil sempena bulan ramadhan ini, teruskan keazaman anda dan ingatlah perjuangan anda hanya akan bermula beberapa jam sahaja lagi. Selepas ini bulan ramadhan yang penuh barakah ini, akan berlaku pergi untuk kita temuinya lagi pada tahun hadapan. Itu pun jika kita diizinkan Allah, panjang umur! Semoga berjaya dan Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin.

2 comments:

Anonymous said...

Nak berhenti merokok bukannya mudah. Banyak cabarannya. Berheni merokok ni macam putus cinta. Kalau nak tahu macammana, bca posting "Bagaimna putus cinta" di http://cikguwahab.blogspot.com/

Anonymous said...

Tapi kena bagi sokongan jugalah cikgu. berjaya tak berjaya cerita nombor dua cikgu. A'ah ya...masdi sanggup ke putus cinta !?