Tuesday, April 19, 2011

Jangan berundur...

Jika kita sering memberitahu bahawa kita telah penat berusaha namun sehingga sekarang masih belum belum berjaya mencapai apa yang kita impikan, kita sebenarnya sedang meracuni fikiran kita dengan pemikiran dan percakapan yang negatif. Lambat laun jika kita belum sedar-sedar kita bakal terhumban kelembah kekecewaan yang berpanjangan.

Jika kita memikirkan kita begitu penat berusaha, cuba kita fikir dan kaji mereka yang telah berjaya. Mereka mencapai apa yang mereka hajati bukan dalam sekelip mata. Mereka berjuang dengan titik peluh dan curahan keringat sepanjang kehidupan mereka.

Oleh yang demikian kita perlu terus merancang untuk menjadikan diri kita juga berjaya seperti dengan menjauhkan pemikiran kita dari unsur-unsur negatif yang bagaikan racun yang boleh merosakkan perjuangan kita. Kita perlu yakin jika kita sering menghadapi kegagalan, ingatlah kegagalan itu adalah merupakan langkah-langkah yang semakin hampir membawa kita kepada kejayaan. Jangan kita berundur di saat-saat setapak sahaja lagi untuk kita mampu menggenggam impian kita!

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,,,
Sejak akhir-akhir ini blog Pak Su banyak memberi motivasi kepada saya.Namun kadangkala saya berfikir dan terfikir alangkah bagusnya luahan/tulisan Pak Su ini dapat disampaikan dalam bentuk pamplet atau nota kecil @ book mark yang boleh dijadikan panduan kepada anak-anak remaja pak su terutama di smksr.Semuga saranan ini mendapat perhatian dari pak su.terima kasih.

P'su said...

oooi sakarang artikel semua berkaitan motivasi... boleh jadi pakar motivasi plk!

cikgu sazili said...

anony 4:26,

Waalaikumsalam. Terima kasih kalau ianya mampu memberi motivasi buat kita semua. Mengenai cadangan itu, insya Allah akan difikirkan. Satu cadangan yang baik. Tapi saya lebih suka jika anak-anak di smksr membacanya di blog ini.

Psu,

sekarang menunaikan minat dan mahu memberi sedikit sumbangan kepada pembaca