Kita mempengaruhi dan mengarahkan minda bawah sedar kita melalui percakapan diri, imej mental, impian, keinginan, kemahuan, hasrat dan ketakutan. Pengalaman masa lalu kita membentuk pola reaksi kita terhadap kehidupan seharian dan selalunya kita bertindak dengan cara yang paling memberi keselesaan kepada kita.
Untuk menambah peluang dalam hidup ini kita perlu keluar daripada paras keselesaan kita dan ini boleh dilakukan dengan mengubah percakapan diri kita.
Kita mengubah imej diri dengan memahami bahawa ia merupakan keyakinan yang tertanam di dalam diri kita bahawa kita adalah seorang manusia yang bernilai, patut dikenali, patut disayangi dan patut dihormati.
2 comments:
Cikgu,
Dulu masa kecik2 mak akak ada kata 'jika ingin org lain tidak menyakiti kita, jgn sakiti org'. Dari itu hormatilah org lain terlebih dahulu jika ingin mereka menghormati kita. Juga sayangi mereka dahulu sebelum mereka menyayangi kita. Tak rugi kan?
Namun.............
Ada segelintir manusia ada org yang mengambil kesempatan dgn keikhlasan kita..........
Betul akak, itulah juga yang dipesankan oleh Atok saya kepada saya dahulu.
Dan memang ada yang suka mengambil kesempatan dengan keikhlasan seseorang. Itulah yang dikatakan manusia akak. Manusia yang berbagai ragam!
Post a Comment