Tuesday, April 26, 2011

Sentiasa nilai percakapan diri


Kita perlu membuat penilaian tentang percakapan diri kita dari masa ke semasa. Salah satu langkah positif yang boleh kita ambil ialah dengan mengingat semula perbualan atau percakapan yang pernah kita buat sebelum ini, yang meliputi pelbagai keadaan.

Perkataan yang kita guna dalam mana-mana perbualan mencerminkan cara bagaimana kita bercakap kepada diri sendiri. Oleh itu kita perlulah sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita cakap bagi mempastikan kita mempunyai fokus yang positif terhadap impian dan masa depan kita.

2 comments:

myhas said...

Cikgu,
Akak suka tajuk ni. Kadang kala kita lupa untuk berfikir mengenai apa yang akan kita suarakan. Kita lebih banyak menyuarakan apa yang terbit dalam hati kita.

sazili said...

Terima kasih akak. Betul akak kadang-kadang percakapan kita banyak dipengaruhi emosi yang beralun-alun. Pantang tertekan, emosi kita akan bergelora maka percakaan diri kita menyala-nyala.