Thursday, April 28, 2011

Jadikan diri kita orang yang positif

Percakapan diri dan penggambaran minda kita, bergerak seiring. Untuk memperbaiki percakapan diri, kita perlu menggambarkan apakah jenis manusia yang ingin kita jadi. Contohnya, andainya kita tidak mempunyai keyakinan, merasakan kita tidak mempunyai kebolehan untuk melahirkan perasaan dan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan berkesan, maka kita perlu menambah gambaran pembinaan harga diri yang positif kepada percakapan diri kita.

Gambarkan dalam minda, yang kita adalah seorang yang berkeyakinan, mampu berkomunikasi dengan berkesan dan mampu melahirkan apa yang terkandung dalam fikiran kita dengan baik. Binalah imej mental dalam diri kita, jenis manusia yang bagaimana yang ingin kita jadi.

Sekiranya perkara di atas berjaya dilakukan, maka ia akan menolong menghalang kecenderungan kita untuk melabelkan diri kita sebagai seorang yang tidak berguna, tidak mempunyai bakat dan sering melakukan kesilapan yang membawa kegagalan.

2 comments:

myhas said...

Ckgu,
Ada kalanya membina minda yang positif banyak kekangannya. Tambahan pula penerimaan individu lain melencong dari apa yang kita harapkan. termasuk komunikasi dua hala hanya dimonopoli oleh sebelah pihak saja.

Assalam akak buat Ani dan anak2.

sazili said...

Dari pengalaman saya sendiri, untuk membina minda yang positif biasanya wujud dalam persekitaran kira orang Melayu, kalau bangsa lain tidak ada kekangan sangat. Mereka kadang kala boleh menerima dengan baik. Soal pemonopolian komunikasi itu perkara biasa akak. Menjadi pendengar dan menerima maklumat yang tekun dan baik juga salah satu kemahiran komunikasi yang tinggi.

Saya dah sampaikan salam akak kepada Ani dan anak2. Salam kembali buat akak sekeluarga.