Thursday, November 12, 2009

Patuhi garis panduan banjir - Kenal pasti pusat peperiksaan alternatif SPM, STPM



PUTRAJAYA - Semua sekolah yang terlibat dengan banjir perlu mematuhi Garis Panduan Menghadapi Banjir semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang bermula Rabu depan dengan mengenal pasti pusat peperiksaan alternatif.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, garis panduan itu telah diedarkan ke sekolah-sekolah bagi memastikan semua calon terutamanya di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan terjejas untuk menduduki peperiksaan.

"Bagi sekolah yang berada dalam kawasan yang sering dilanda banjir, mereka perlu menempatkan semua bilik peperiksaan di tingkat satu," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, bagi calon peperiksaan yang berhadapan kemungkinan kampung atau kawasan perumahan mereka ditenggelami banjir, mereka perlu ditempatkan di asrama-asrama sekolah yang tidak terjejas dengan bencana alam itu.

Selain itu, pengetua dan guru besar juga perlu mengutamakan keselamatan pelajar dalam sebarang tindakan yang perlu diambil selepas berlaku banjir.

4 comments:

Faris said...

Salam Li,
Baguslah kerana dah buat persiapan pencen. Begitu juga saya, hasrat hati selepas tamat belajar ni, nak sambung lagi. Sekurang2nya bila pencen boleh jadi CEO sekolah sendiri. Cita2.....
Hadi nak posting mana? Kau beritahu cepat. Hari ini member aku di KPM sdg mesyuarat dengan semua JPN di Plaza Hotel, KL untuk posting guru2 lepasan IPG. Tarikh posting ialah pada 1 Disember 2009. Kalau nak, beri nama penuh, IC, IPG mana dan opsyen.
TK.

P'su said...

dah lama x komen artikel sir, tp selalu lawat jgn risau.. sy peminat setia. teringat mula posting ke SMKSR terkandas banjir di pekan. yg sedihnya masa suruh datang ke sekolah dlm cuti pihak sekolah beria ia surah sy dtg.. walaupun alasan sy kat kg dah kena banjir. bila dtg sini terpaksa balik.. x de plk pihak sekolh tanya khabr selamat ke mcm mana ke.. orang baru terpaksa akur je lah!

sazili said...

Salam faris,

Bagus cita-cita tu. Semoga menjadi kenyataan, insya Allah.

Hadi minta Pahang. Tak tahulah dapat Pahang atau tidak. Bagi aku, tak kisah sangat dia mengajar di mana. Biarlah muda-muda ni dia merantau mencari pengalaman hidup di tempat orang. Kalau anak perempuan mungkin aku minta tolong engkau jugak.Anak lelaki tak kisah sangat dan dia pun tak kisah sangat bertugas di mana asalkan di Semenanjung.Tq Faris!

sazili said...

Psu,

Pengalamn yang seperti Psu lalui itu sebenarnya suatu yang menarik dalam kerjaya. Nanti semuanya itu akan menjadi kenangan dan pengajaran berguna buat anak-anak psu dan anak-anak murid kita.

Sebenarnya Psu tak timbul konsep orang baru terpaksa akur,orang lama pun mesti akur apabila menerima panggilan tugas. Aku sebagai orang lama banyak merasai panggilan tugas yang seperti itu. Pergi sahajalah !