Wednesday, November 11, 2009

Selamat menduduki SPM & STPM 2009


Kepada para pelajar yang akan menduduki SPM dan STPM bermula 18 November ini , saya mengucapkan Selamat menduduki SPM dan STPM dengan cemerlang. Saya mendoakan semoga semua pelajar mampu menjawab soalan dengan baik dan akhirnya akan memperolehi keputusan yang membanggakan ibubapa, guru-guru dan sekolah masing-masing.

Saya yakin para pelajar telah cukup bersedia dengan bekalan ilmu bagi setiap mata pelajaran untuk menghadapi soalan-soalan peperiksaan nanti. Semoga para pelajar tidak panik malah sebaliknya begitu tenang dan bersemangat sewaktu menjawab semua soalan yang perlu dijawab.

Perkara yang paling penting pada waktu ini ialah kesihatan diri. Jaga kesihatan dengan baik dengan tidur yang cukup. Bayangkan setelah dua tahun berusaha, kerana sakit sewaktu peperiksaan, semuanya akan menjadi lemah dan akhirnya segala usaha menjadi sia-sia.

Di samping semua di atas, jangan lupa memanjatkan doa kepada Yang Maha Berkuasa, Allah Yang Maha Besar, semoga diizinNya kejayaan dan kecemerlangan buat para pelajar.

Selamat menduduki SPM dan STPM dengan cemerlang !

2 comments:

Faris said...

Li,
Demam SPM memang dah bermula. Aku pun turut terasa tempiasnya kerana anak lelaki no 2 aku akan mendudukinya bermula pada 18 Nov ini yang bersekolah di SMAP Kajang. Harapan aku semoga dia turut berjaya seperti kakaknya yg berjaya dpt 8A1B, walaupun dia ambil 12 subjek, sekurang2nya melebihi 8A. Itu cabaran yang aku berikan kepadanya.
Disamping SPM, hati juga berdebar2 tunggu result UPSR anak ke 3 aku yang akan keluar minggu depan.

Bagaimana dengan kau? Ada yang ambil exam tahun ni? Kalau ada, semoga mereka berjaya seperti emak dan ayah dia. Hadi dah habis ke di IPG Islam?

sazili said...

Faris,

Sampaikan salam aku buat anakanda kedua engkau tu. Aku ucapkan selamat menduduki SPM dengan tenang dan penuh fokus kepadanya.Jika kakak sudah menunjuk contoh, pasti contoh itu akan menjadi panduan dan ikutan adik untuk lebih berjaya. Insya Allah!

Bagi aku, anak bongsu aku kini sedang menunggu keputusan PMR. Macam mana keputusannya, tunggu aje kah nanti. Harap-harap macam kakak dan abang-abang dia jugak.

Hadi akan posting hujung tahun ini. Ke mana pergi nanti, aku tak kisah sangat, anak lelaki!Biar dia cari pengalaman merantau dan berbakti di perantauan.

Aku sendiri pun sedang bergelut dengan pelajaran.Minggu depan aku akan menduduki exam dan buat amali. Semoga aku berjaya.Persiapan pencen, faris!