Sunday, November 15, 2009

Diabetes tandingi kanser

Hamzah Abdul Hamid

SEJENIS ubat tradisional berasaskan herba dikhabarkan begitu mujarab bagi menyembuhkan penyakit kencing manis atau diabetes.

Begitu juga dengan rawatan terapi khas yang mengiringi pengambilan ubat-ubatan tersebut.

Semua pernyataan di atas adalah suatu pembohongan!

Rekod klinikal membuktikan apabila seseorang menghidap diabetes, dia akan hidup bersama penyakit itu sehingga akhir hayatnya.

“Diabetes adalah penyakit kronik yang sehingga kini tiada penawarnya. Ubat-ubatan fungsinya hanya untuk mengawal.

“Oleh itu, usah percaya kepada sebarang ubat-ubatan yang dikatakan mampu ‘menyembuhkan’ diabetes sedangkan pesakit terus terikat untuk membeli bekalan ubat tersebut,” kata Konsultan Endokrinologi, Profesor Datuk Dr. Mafauzy Mohamed.

Tambah beliau, bagaimana penghidap itu dapat menjalani kehidupan normal walaupun ‘membawa’ penyakit tersebut sepanjang hayat bergantung kepada usaha mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang berkesan di samping memperbaiki gaya hidup.

Jumlah penghidap diabetes di Malaysia menunjukkan kenaikan yang membimbangkan.

Pada tahun 1996, sebanyak 6.5 peratus rakyat Malaysia di kalangan usia lebih daripada 30 tahun didiagnosis dengan penyakit tersebut dan meningkat kepada 9.5 peratus pada tahun 2006.

“Kebimbangan ini seiring dengan risiko penyumbang kepada penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, angin ahmar dan strok.

“Pada tahun 2006 saja, dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun di Malaysia menghidap diabetes.

“Jumlah itu lebih tinggi berbanding mereka yang menghidap kanser atau AIDS,” terang Mafauzy kepada Jurnal.

Baca Seterusnya


2 comments:

Faris said...

Alamak Li, ujian darah aku selepas raya puasa menunjukkan 6.3 kandungan gula dalam darah. Lepas ni kena ambil darah lagi dengan puasa dan selepas makan. Isyarat lampu merah ni.

aus said...

Pesanan Ayah:
Semoga anak-anak kandungku dan anak-anak di SMKSR terus menjadi anak-anak yang matang berfikir dan mampu merancang masa depan dengan penuh iltizam. Buat renungan anak-anak:

" excellence is accomplished through seeking opportunity in every obstacle, not seeking obstacle in every opportunity AND, all dreams may come true as long as we are willing to work on them”.

Alasan sentiasa ada jika dicari. Lupakan alasan-alasan, sebaliknya teruskan perancangan. Anak-anak perlukan komitmen, bukannya alasan. Semakin anak-anak merasakan desakannya dan semakin kuat desakan itu, semakin anak-anak merasakan ia amat penting. Ini menjadikan anak-anak lebih berkomitmen. Ingatlah anak-anak, permainan kehidupan ialah; mengusahakan separuh hati tentu berhak mendapat sedikit ATAU mungkin tidak akan mendapat langsung. Semoga anak-anak faham apa yang ayah maksudkan.





hahaha,cam best je ayah cam ni..
nk apply jadi anak angkat la camni..hahaha

Assalalmualaikum...