Thursday, November 05, 2009

Kadang-kadang tanpa disedari pengurusan yang dikatakan efisyen melahirkan guru yang merudum motivasinya.

Hari ini struktur organisasi semakin merimbun, maka itu ianya semakin komplikated. ICT dan multimedia seperti internet, fax dan seumpamanya menjadi alat pemangkin kecekapan yang utama.

Oleh yang demikian semuanya perlu cekap kerana kerja semakin banyak, pekerja perlu semakin kurang. Dalam ilmu pengurusan moden kurang pekerja bukan alasan ketidakcekapan. Kreativiti, inovasi, proaktif, mampan, empowerment, integriti dan bagai-bagai lagi semua itu istilah yang harus menggambarkan kecekapan. Kesimpulannya agaknya, semakin canggih ilmu pengurusan sepatutnya semakin bertambah kecekapan. Realitinya apakah benar begitu, perkara yang sepatutnya begitu ?

Pekerja yang komited, bertanggungjawab dan proaktif lagi cekap perlu sangat dihargai sumbangannya kepada organisasi. Memang patut begitu.

Namun demikian, cuba bayangkan sistem yang dikuasai oleh manusia boleh bila-bila masa meragut dan menghenyak motivasi seorang pekerja organisasi yang cekap dan berkualiti tanpa diketahui dan mampu diambil peduli oleh pihak atasan.

Bayangkan bertapa hibanya seorang sahabat yang cukup dedikasi kerjanya dilantik memangku DG44 Tingkatan 6. Begitu lama ianya tiada masalah, tidak berbangkit apa-apa, namun apabila terima sahaja habuan diatas kenaikan pangkatnya itu , dengan tidak semena-mena tiba berita kenaikan pangkatnya diragut kerana hanya kesilapan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pengurusan yang canggih-manggih ini.

Lemah longlai sahabat berkata, " Jika aku tidak layak kenapa pihak atasan yang bukan pihak sekolah forwardkan nama aku untuk pelantikan tersebut? Aku rasa malu dan maruah aku benar-benar rasa terhina kerana semua pelajar dan orang luar hebuh Mereka yang tidak faham apa-apa, apakah persepsi mereka terhadap aku dengan penarikan ini?". Motivasi seorang ahli organisasi terus merudum kerana maruahnya katanya telah tercalar.

Demi membela seorang sahabat saya terus berjumpa pihak atasan untuk bertanya dan merayu kenapa begitu jadinya. Jawapannya cukup mudah, " jika seseorang guru itu mengajar 9 tahun pun Tingkatan 6, jika dia tidak mengajar tahun 2008 maka cikgu ini tidak layak untuk kenaikan tersebut".

Guru berkualiti itu tidak mengajar tahun 2008 bukan kerana tidak mahu mengajar Tingkatan 6, tetapi kepakarannya yang ada lebih diperlukan untuk mengajar tingkatan peperiksaan yang lebih memerlukan, lagi pun pada waktu itu skim baru Tingkatan 6 belum terdengar biji butir secara jelas.

Apa yang saya hendak kata, syarat tidak sampai-sampai ke sekolah itu telah menghukum pekerja terbaik organisasi ini. Dan saya ingin katakan, orang lain yang hendak dihukum, orang lain yang menjadi mangsa. Motivasi seorang guru dedikasi KPM, telah merudum kerana hanya kesilapan teknikal yang terlalu lama dibiarkan. Apakah agaknya dalam pengurusan moden lambat bertindak, kesesatan maklumat dan kelam-kabut itu, bermakna cekap? Maka biarlah ia begitu !

2 comments:

mantan said...

Sir,
Demikianlah sistem pendidikn di negara kita.

Ketidakadilah berada di di mana-mana dalam belbagai bentuk dan cara.

Manusia yang 'berkuasa' lah yang menjadikannya begitu.

Akibatnya, merudumlah.......

sazili said...

Mantan,

Komen saya ringkas, siapalah kita di bawah ni! Dulu saya pernah mencadangkan sesuatu untuk atasi masalah BI diluar bandar,penceramah itu respon kepada ide saya, " who are you in the system ?"