Tuesday, November 03, 2009

Dah macam mana?


Baru-baru ini Pusat Pengajian Sains Farmasi USM mendapati kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmalnya adalah tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari babi. Disebut dalam laporan itu khinzir! Saya ikut Datuk Rais Yatim sebut babi !

Sebenarnya, soal halal haram makanan yang di makan termasuk ubat-ubatan bukan isu baru. Isu lama. Tapi isu yang tidak akan selesai-selesai selagi umat Islam tidak menguasai sektor ekonomi khususnya bdang pembuatan dan perkilangan. Penguasaan umat Islam dalam bidang ekonomi bukan perkara mustahil tetapi melihat kepada keadaan yang ada sekarang masih jauh lagi bagai langit dengan bumi.

Perkara kedua perkara integriti. Serius atau tidak untuk menyediakan makanan dan ubatan halal untuk orang Islam. Memanglah ianya sukar tetapi kesungguhan dan 'keberiaan' sangat penting. Kadang-kadaang makanan yang dilabel halal JAKIM atau Jabatan Agama Islam pun kita tertanya-tanya, halal sungguh ke ni?

Baca kenyataan Prof Madya Dr Syed Azhar dari pusat berkenaan mengikut laporan BERNAMA:

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas. "Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Dah macam mana ? Apakah upaya kita apabila yang tidak halal pun dapat Sijil Halal ?

6 comments:

Anonymous said...

dah macamana ye,nak makan ubat pun jd takut.hari ni macam-macam isu timbul.rasanya eloklah kita cari orang-orang tua yang kaya dengan petua,minum akar kayu lagi baik.patutnya kat sek pak su tu,jangan suruh murid bawa pokok bunga aje,mintak dia orang bawak pokok herba dan wujudkan taman herba.Kome boleh bagi pokok bonglai ke,serai wangi ke,misai kucing,mas cotek ke.macamana,fikir la ye,he,he,he...

mantan said...

Kalau dah sah haram, patut senaraikan jenama ubatan tu supaya diketahui umum.

sazili said...

Kadang-kadang pihak yang bertanggungjawab tidak menunjukkan sikap bertanggungjawab yang serius terhadap kita pesakit dan pelanggan. Maka itulah jadinya!

Anonymous said...

sebenarnya rata rata pil yg guna kapsul kebanyakannya x halal...elakkan...cari yg cecair

sudin

Anonymous said...

MEMANG BETUL PUN APA YANG DIKATA, KERANA KESILAPAN YANG SEDIKIT ITU TIDAK PASAL-PASAL ORANG YANG TAK BERSALAH MENJADI MANGSA KEADAAN TANPA TIMBANG RASA.SAYA FAHAM PERASAAN GURU TERSEBUT,TAK APALAH ORANG TAU SELAMA NI GURU TERSEBUT MMG SUPERB KUALITI KERJANYA, IKUTKAN NAK MAKAN PUN TAK SEMPAT..TAPI BERBALOI KE APA YANG DIBUAT BILA TB2 ADA PEKELILING BARU YANG MNYATAKAN GURU YANG DAH MGAJAR T6 10 TAHN SBLMYA BL 2008 TAK NGAJA X LAYAK DAPAT DG44 T6.NAMPAK SANGAT KEZALIMAN DAN KETIDAKPRIHATINAN PIHAK BERWAJIB.JADI APA KISAHNYA YANG DIA MGAJAR BHEMPAS PULAS SBLM2 NI TAK LAKU KE?X MDATANGKAN FAEDAH?PDHAL RAMAI DAH ANAK DIDIK DIA YANG DAH MASUK U.TAK DAPAT DITERIMA DEK AKAL SUNGGUH.BAPAK AKU YANG TAK SEKOLAH 2 PN BOLEH FIKIR LAH..(ZAMAN JEPUN MANA SEMPAT SEKOLH).KOK YE KERAJAAN KE SAPE KE YANG BTGJWB BT UNDANG2 BKAITAN PKARA NI MEMOKIOR LE SIKIT.BNDA NI NAMPAK MACM MUDAH,MACM REMEH,MCM BNDA KECIK JE.TP KALAU JD KAT AKU MEMANG SAKIT GAK HATI DBUATNYA.MARUAH ORANG KALAU DIA CALAR SNDIRI LAIN KESANNYA.TAPI MARUAH DIRI YANG TERCALAR KERANA KESILAPAN ORANG LAIN, SENDIRI MAU INGATLAH KAN.BUKAN NAK KATA APALAH, DOSA SESAMA MANUSIA NI PAYAH NAK HAPUS SELAGI ORANG TU TAK MAAFKAN.APAPUN MGKN ADA HIKMAH APA YANG BERLAKU.KALAU SELAMA NI CIKGU TU TAK PERNAH SMPAT PN MAKAN DI KANTIN N SENYUM DENGAN ORANG, KALI NI MUNGKIN DIA BLH MAKAN DGN KWN2 SBB DAH X SIBUK SGT N KEPALA PUN TAKLAH BANYAK SANGAT BNDA NAK FIKIRKAN.APAPUN FIKIR PD YANG POSITIF JE.MGKN DH BUKAN REZEKI NAK BT MCMN..ADUHAIIIIIIIIII.SABAAAAAAAARLAH HATI.BAK KATA TAN SRI SM SALIM.

Anonymous said...

erm, bgs juga jd gtu.orang la ni belasah je makan sume bnda,tak macam tok nenek kita dulu makan yang betul2 halal je.segar dari ladang!apapun tang makan halal haram ni pokok pangkal hati kita..kalau kita tak pasti bnda tu halal ke tak,dengan kata lain ada was2 dalam hati, jgnlah makan.ni baham semacang je.hua3.tak dapek den nak nolong de..