Saturday, October 31, 2009

Amboi...tak merdeka-merdeka lagi ?

Di kawasan ini jika kita memandu sepanjang jalan, kita akan mudah melihat banyaknya terbina bangunan-bangunan untuk sarang burung. Burung layang-layang apa ke ? Burung walid ? Bangunannya tinggi-tinggi dan besar, dua hingga empat tingkat. Sudah pastilah kos pembinaannya 'makan' ratus ribuan ringgit. Besar tu!

Saya pergi ke sebuah kampung tradisional Melayu dan saya bertanya kepada pakcik-pakcik yang saya temui, rumah burung siapa tu? Cina! Tu ? Cina juga! Sana tu? "Cina belaka," jawab pakcik tersengih puas. Agaknya itulah lambang pembangunan masuk kampungku !

Suatu hari saya memandu ke arah Pekan bersama seorang kawan. Setiap saya nampak rumah burung, saya bertanya kawan saya itu, rumah burung siapa tu? Cineee!!

Suatu hari itu juga saya menziarahi Poksu Dolah di rumahnya. Banyaklah perkara yang kami sembangkan. Dalam banyak isu yang dibualkan saya bertanya Pak Su Dolah, rumah burung siapa sebelah tanah Poksu Dolah tu? "Heh..tanah Cinee...Cineelah punya sapa lagi!", jawab Poksu Dolah bunyi macam merengus dengan muka masam.

"Eh...dulukan tanah orang Melayu tu!", acah saya.

"Ha...itulah ! Tak ada doh!!", jawab Pok Su Dolah sambil menggeleng-geleng kepala.

"Maleh cakak cikgu, oghang Melayu ko papa ko jua tanah. Tak ada bebende doh oghang kita ni!'" ulas Pok Su.

Termenung juga saya bila memikirkan banyaknya bangunan sarang burung di kampung-kampung Melayu. Bila tanya siapa punya, taukeh Cina punya! Haru dibuatnya...

Tapi apa salahnya taukeh Cina? Mereka bukan rampas tanah orang Melayu, mereka beli kerana mereka ada duit. Banyak pulak tu duit mereka! Habis salah siapa? Salah orang Melayu yang jual tanah kepada taukeh Cina? Orang Melayu perlukan duit kerana duit sangat penting untuk hidup mereka, malah untuk anak-anak sekolah pun. Untuk membiayai kos perubatan, kahwin anak, pergi ke Mekah, nak hantar anak belajar ke luar negara, macam-macamlah! Sesungguhnya, banyak sebab orang Melayu perlukan duit.

Kenapa orang Melayu tidak berduit? Kerana mereka masih ramai yang papa dan miskinlah!

Amboi dah 52 tahun merdeka, orang Melayu masih papa dan miskin lagi? Dah 52 tahun merdeka, orang Melayu masih rancak jual tanah kepada bukan bangsa Melayu lagi? Dah 52 merdeka orang Melayu tak merdeka-merdeka lagi? Tak munasabah! Habis tu??


2 comments:

Anonymous said...

btul kta ckg..
org mlyu msih x mrdeka n akn trus hnyut..sya ade seorg kwan yg ayah nye mhu m'jual tnah swah nye d slgor..tjuan die ingin jual hnya krna ingin m'bli krta HONDA...lbih baik gna utk pegi HAJI

sazili said...

Nak beli kereta HONDA, jual tanah ? Biar betul ?