Wednesday, October 28, 2009

Itukah tanda kemajuan?

Kelmarin seorang guru besar dari sebuah daerah menelefon saya untuk menjemput saya menyampaikan ceramah di sekolahnya.

Dalam perbualan kami, saya bertanya guru besar tersebut siapakah audien saya nanti ? Siapa audien ceramah sangat penting bagi seorang penceramah. Sedikit sebanyak penceramah perlu tahu latarbelakang sosio-ekonomi-budaya masyarakat setempat supaya ceramah yang hendak disampaikan berkesan dan mencapai matlamat.

Guru besar tersebut memaklumkan kepada saya bahawa anak-anak (para pelajar) di sekolahnya ramai datang dari keluarga yang berantakan dengan masalah rumahtangga. Terkejut juga saya walaupun saya sedar dapatan guru besar tersebut mungkin tidak tepat.

Tak usah kiralah tepat atau tidak rumusan guru besar tersebut tetapi apa yang penting dan tidak dapat dinafikan, begitu banyak rumahtangga orang-orang Melayu yang rata-rata beragama Islam berantakan. Kahwin, tetapi tidak mendidik isteri. Kahwin tetapi menderhaka kepada suami. Bina rumahtangga dan melahirkan anak saban ada peluang tetapi anak-anak tidak didik secara betul dan Islami. Anak-anak diuruskan sama seperti membela ayam dan itik. Itu sahaja.

Maknanya begitu ramai suami yang tidak ada ilmu sebagai suami dan ketua keluarga. Maknanya begitu ramai isteri yang tidak ada ilmu sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak. Dah tu apa tujuan sebenar perkahwinan mereka?

Beberapa minggu yang lalu, saya hadir berceramah di sebuah sekolah yang mana sasaran ceramah saya yang ditetapkan ialah pelajar Tingkatan 5 kelas lemah seramai 21 orang. 4 peremuan selebihnya lelaki. Saya tanya secara ikhlas kepada pelajar-pelajar tersebut, sembahyang subuh tak pagi tadi? Dengan muka toya, selamba, dan ada yang sedih, pilu dan haru menjawab, "Tidak!" Masya Allah! Semalam? "Tak!".

Bayangkanlah pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang berusia 17 tahun tidak solat subuh. Itu hari itu dan semalam!. Apakah kita terkejut jika mereka ini sebenarnya tidak pernah solat subuh?

Saya bertanya salah seorang pelajar berkenaan. Mak dan ayah solat tak? Mak nampak juga sembahyang tapi kadang-kadang, tapi ayah tak pernah pula nampak!.

Bayangkan...Itulah rupa bentuk Ketua Keluarga Melayu Islam itu. Tidak terkejut kita, jika rumah tangga mereka ini sebenarnya bagaikan kubur seperti sabda Nabi SAW.

Isunya, semua orang tahu masalah ini tetapi siapakah yang sepatutnya membentu Institusi Keluarga yang berilmu dan berkualiti. Atau biarkan keluarga-keluarga itu begitu kerana itu tanda kemajuan?

4 comments:

Anonymous said...

Betul sir.
Kat klang nie pun lebih kurang je. Orang Melayu, kita mmg tau islam tp sentiasa terlupa nak apply islam dalam kehidupan...jarang mendengar mereka kaitan Allah dalam kehidupan seharian. Jadi boleh dianggap terlupa pada "islam".
Tapi org "Luar" yang mengaku islam tp langsung tak melakukan amalan islam. Tapi bila berckp.. always mention "my allah is great", "My allah always on my side". Lagi menyebabkan kekeliruan.

Anonymous said...

hem,tol tu sir waktu saye pegi n balik dari waktu magrib bapa2 masih ramai di warung2 dah bile dorang nak sembahyangn dok sembang mende tah hari2 doakan mereka insaf bcos "rumah kata pergi,kubur kata mari",apetah lagi anak2 dorang kat jalanan aaaa dah senje dok pusing2 keratong aduh kaye tol dorang ni tuang minyak gune duit sape x syg duit tol....

permatayah said...

salam ayah,
lame tak ckp ngan ayah...rindunye!!!
10/11 iba exam. hari sabtu ni ada lawan futsal.doakan kejayaan iba. dah baca blog ayah hari ni.. rasa bertuah sangat sebab ada mak ngan ayah...selalu ingatkan soal agama especially solat...rasa bertuah dan bersyukur jadi anak mak ngan ayah...luv you both...

ayah said...

Anony 10:08 dan 4:57,

Syukur kerana anda berdua juga prihatin dengan apa yang berlaku dalam masyarakat Melayu Islam kita. Semoga anda berdua akan menjadi generasi kita yang membanggakan.

Nine,

Terima kasih dari mak dan ayah. Minggu depan exam do your very best ok. Ayah dan mak sentiasa mendoakan kejayaan nine. Wre proud of you but always take care of ur health dan safety first ok. We love u. Ayah sayang iba!