Melihat anak-anak muda yang masih bergelandangan di tepi-tepi jalan di waktu maghrib menjadikan hati ini rasa gundah dan resah seketika. Orang sibuk hendak ke surau masjid, anak-anak muda ini masih lagi kelihatan tidak mahu pulang ke rumah. Siapalah ibubapa yang malang itu agaknya, terfikir dihati.
Telatah yang menjolok mata begitu ketara kelihatan. Ketawa berdekah-dekah, berbaring di atas jalan, bersembang atas motosikal, bergayut dengan henfon, merempit dan macam-macam lagi. Di waktu maghrib!
Sewaktu anak-anak saya kecil dahulu, didikan saya mudah sahaja. Selewat 6.30 petang anak-anak akan saya pastikan berada di rumah. Bersiap untuk solat maghrib. Pantang saya jika anak-anak masih lagi jauh dari rumah pada waktu-waktu begitu. Tapi kenapa masih ada ibubapa yang tidak kisah anak-anak mereka masih berkeliaran di waktu-waktu iblis syaithan sedang berantakan mencari mangsa?
Apa yang saya risaukan ini mungkin isu lama, tetapi saya sangat yakin jika inilah cara didikan untuk anak-anak, dibiarkan berada di waktu yang tidak sepatutnya, kita akan melahirkan generasi yang malang nantinya. Saya tak dapat bayangkan masalah sosial dalam masyarakat akan semakin bertimbun nanti.
Anak-anak atau remaja yang tidak kisah waktu maghrib dan waktu-waktu solat inilah akan menjadi ketua keluarga bila mereka besar nanti. Bagaimanakah agaknya keluarga yang berketuakan mereka ini agaknya?

3 comments:
li
nampaknya kena buat satu kor tentera simpanan....bebudak lepas pmr yang tak perform dimasukan dalam kem tentera ni, ajar dia ilmu tentera, disiplin dan lasak...jadikan mereka komando dan training selama 4 tahun. kau tengok lepas tu...tentera kita kuat dan bebudak ni jadi berdisiplin. bekas tentera ada kerja, anak anak muda dapat ilmu dan ada elaun..mak bapak senang hati.baru berapa bilion je. dari duit rakyat hilang begitu saja?
Salam ziarah dari Pak Karamu
Assalamualaikum Pak Su.kadangkala sedih gak tengok diaorang.cikgu dah beri macam-macam ilmu,diaorang pulak tunjuk ragam macam-macam.Disiplin sepatutnya bermula dari rumah.Mak bapak la kena tunjuk contoh tapi kalau maghrib mak bapak pun tak balik rumah,anak-anak apa lagi.contoh yang tak baik memang selalu mereka ikut.Agaknya ini semua dari pemakanan gak.Mak kita dulu bila nak suap bukan main panjang bacaannya.Mak sekarang,nak suap anak pun tak sempat.Anak pulak makan macam-macam makanan segera.Sedangkan makanan tu pulak entah tahun bila buatannya.Harap dapat diselitkan bila ada jemputan disesi motivasi.Terima kasih.
Post a Comment