Wednesday, October 07, 2009

Ku bakar semangat mu, kau bakar dewan periksa .....hherhh !!

Gigihnya guru.

Mengajar, memberi ilmu, mendidik, mengurustadbir kerja dan menganalisis data. Itu di bidang pentadbiran kurikulum.

Di padang, guru berjemur, menggelek garisan minyak hitam, mencangkul gelanggang lompat jauh, menghakimi acara, melompat melatih pelajar. Begitulah guru demi menjayakan ko kurikulum. Tak kira guru lelaki tak kira guru perempuan, sama je.

Di bidang bina insan, guru mengajar agama dan moral, memberi tazkirah, kuliah dan usrah. Mengimami solat jemaah. Melaksana kursus bina sahsiah. Memimpin tadarus dan pelbagai. Gigihnya guru membina insan generasi bangsa. Bangsa Melayu !

Buat menghadapi peperiksaan; UPSR, PMR, SPM dan STPM, guru-guru sibuk membimbing di kelas tambahan. Memberi latih tubi siang dan malam. Baik dalam kelas mahupun dibawa balik sebagai bekalan tugasan.

Saat-saat menghadapi peperiksaan, guru-guru menganjurkan solat hajat, memberi restu, dan yang paling penting sepanjang masa dan ketika guru-guru membakar semangat juang pelajar demi menghadapi hari-hari peperiksaan yang mencabar buat menghasil kecemerlangan masa depan.

Keinginan melihat pelajarnya cemerlang, membakar semangat guru siang dan malam. Tetapi hari ini, saya terkejut dalam saat-saat menghadapi PMR dan guru-guru terus membakar semangat perjuangan pelajar, ada lagi spesis pelajar membakar pula dewan peperiksaan. SMK Taman Johor Jaya 2 !

Mungkin bagi spesis pelajar ini; hadiah buat mu guru !

Anak Melayu ? Kalau ya....sedih!!

Terima kasih....buatlah lagi !!!!!!

3 comments:

myhas said...

Assalamualaikum....
Cikgu Sazili,
Anak-anak adalah gambaran ayah dan ibunya. Guru di sekolah memberi ilmu dengan penuh komitmen dan dedikasi agar anak-anak didik menjadi insan yang berjaya di dunia dan diakhirat. Tapi..... ibubapa lah yang mencorakkannya mengikut warna yang mereka kehendaki. Bersabarlah........
Yang penting tugas kita sebagai guru tidak kita abaikan....Insya Allah.

Anonymous said...

anak muda apabila tiada fikrah agama,maka menjadi tidak keruan lah dri itu.ibu bapa pun jika tiada penerapan agama,amat malanglah dan rugi lah dalam menjaga amanah Allah itu..(faiz omar)
(p/s: ayuh kembali kepada al- Quran dan as- Sunnah)

HASHIMME OMAR said...

Benda benda yang juvana dan keterlaluan ini sebenarnya tak perlu disiarkan di dada akhbar kerana ia mengundang pengikut. Misalnya kejadian bakar kerusi di SMK Rompin. Ha itu semua dek kerana teruja bagaimana rasa buat jahat. Kepuasan yang maksima mungkin. Akai tarak ka...