Sunday, October 04, 2009

Sebuah kisah yang perlu diberi perhatian sewaktu membawa anak-anak membeli-belah

Saya terbaca kisah ini dalam satu blog yang saya terlupa mengambil alamatnya. Saya memohon maaf kepada tuan blog tersebut. Tulisan ini bertarikh 3 Oktober 2009 di blog tersebut. Saya tidak pasti, kisah yang diceritakan ini betul atau pun tidak, sahih atau tidak tetapi pada pengamatan saya, kisah ini boleh terjadi dan berlaku kepada sesiapa di zaman yang sukar diduga ini. Jadi walaupun cerita ini tidak dapat ditentukan betul atau tidak namun untuk perhatian, tindakan, pengalaman dan pengajaran bersama, saya paparkan semula kisah ini diblog ini. Kisahnya:

From:azymie

Message: Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja. Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu. Terima Kasih .

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya dennga melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu.

Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas.

SEBARKAN BERITA INI SELUAS-LUASNYA SUPAYA PERINGATAN DAPAT DIBUAT BAHAWA ADA MANUSIA GILA LAGI GANAS DI KALANGAN KITA SEMUA!

Thank you,

Email dari: NOOR HAIZAM IBRAHIM<>




4 comments:

Anonymous said...

xsgka nyerr..ermm yep kite msti bersatu padu tuk elak bnda ni berlaku..agk kejam utk memisahkan anak dan ibu..

Anonymous said...

Ya Allah,tak dapat nak dibayangkan bagaimana agaknya perasaan kita andainya terjadi perkara begitu.Agak malang nasib anak-anak kecil pada masa kini.Bahaya ada di mana-mana.Sebab tu lah agaknya macam-macam bala yang diturunkan sebagai peringatan kepada manusia.Terima kasih banyak-banyak dan perkara ini perlu disebarkan dengan segera sebagai satu peringatan kepada ibu bapa.

Anonymous said...

Bukan sahaja di shopng comp. anak-anak kcik perlu diawasi di mna2 terutama dtmpt yg rmai org.Selalu sy tngok ibubpa sambil lewa je semasa bwk ank2 mereka. bla dah trkne bru nak meraung!Cuai!!

kembara kelana said...

li..alamat aku...http://asemblaj.blogspot.com..sori lambat beritau...saja gatal tangan li..kau tukar kat link , selamat datang dan maaf menyusakan kau