Monday, November 09, 2009

Macam mana nak buat orang tak suka saya ?

Saya bukan kaunselor tetapi saya sering menjadi tempat meluah perasaan para pelajar. Masalah yang dialami oleh para pelajar saya banyak mengajar saya tentang ragam manusia dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang saya rasa hendak ketawa, kadang-kadang rasa hendak marah dan banyak ketikanya saya simpati apabila saya mendapati pelajar-pelajar saya itu benar-benar bermasalah.

Contohnya hari ini sedang saya sibuk menyiapkan kerja-kerja di bilik saya tiba-tiba masuk seorang pelajar permpuan Tingkatan 5 yang akan menduduki SPM tak lama lagi, yang kelihatan agak lemah dan longlai. Saya bertanya kenapa ? Pelajar itu memberi tahu saya, dia rasa sedih sangat. Kenapa sedih?

Katanya, " Saya sedih sebab masa saya menduduki SPM nanti ayah tak ada, ayah di Mekah"

Laa....ingatkan sedih apa ? Kenapa pula perlu ayah semasa SPM nanti?

"Dulu masa saya menduduki PMR, setiap petang ayah datang kat asrama menjenguk saya" katanya tunduk.

"Tak apalah ayah tak datang kali ni. Lagi bagus ayah berada di Mekah, pasti di hadapan Kaabah nanti ayah akan mendoakan kejayaan awak. Mustajab doa ayah, betul tak?" pujuk saya selamba.

Terlopong dia melihat saya. Saya agak, dia baru tersedar bahawa ayahnya akan mendoakan untuknya di hadapan Kaabah di Mekah nanti.

"Tapi sir, saya dah rasa rindu kat ayah", katanya walalupun ayahnya sebenar belum berangkat lagi ke Mekah, minggu depan.

"Alah, rindu tu senang je nak ubat. Nanti kamu ambil sehelai kain pelikat ayah kamu bawa ke asrama. Bila hendak tidur alaskan kain pelikat itu ke bantal kamu tu", cadang saya, entah ya entah tidak.

"Betul ke sir boleh menghilang kan rindu pada ayah? Nanti ayah saya tercari pula, mana kain pelikat dia sehelai lagi", dia memberi alasan dengan alasan yang mula merimaskan saya.

"Tak apalah biarlah dia cari, yang penting kamu buat sahaja apa yang saya cadangkan itu dan beri tumpuan kepada persiapan SPM kamu okay," nasihat saya kepada pelajar 8A PMR ini sambil mengingatkannya bahawa loceng masuk kelas sudah berbunyi. Sambil mengucapkan terima kasih dia berlalu pergi dalam keadaan, saya agak, sedikit lega kelihatannya.

Tak berapa lama selepas itu masuk pula seorang pelajar lain sambil bertanya,"Sir, macam mana nak suruh orang tak sukakan saya?".

"Awak ni biar betul...orang nak disukai, awak nak orang tak suka. Tak payah! Dah orang suka awak biarlah orang suka!" leter saya.

Tersengih dia sambil tergaru-garu kepala kena leter. Kesian pula saya tengok dia. Akhirnya saya bertanya juga, kenapa dia nak orang tak sukakan dia?

"Saya hendak belajar, saya tak nak orang kacau saya. Saya nak belajar....nak belajar !", dia mengitap geram

"Awak jangan layan aje orang kacau awak. Payah-payah sangat bagi tahu saya siapa yang ganggu fokus awak tu....nanti awak bagi tahu okay.... biar saya 'belasah' dia. Saya hendak siapkan kerja saya dahulu", geram saya dibuatnya.

"Okaylah sir nanti saya jumpa semula" katanya depan pintu bilik saya.

Adoi....macam-macam hal.

5 comments:

Anonymous said...

bdk 2 laki ke pmpn y x nk diri dia disukai?cun x?hehehe(faiz omar)
(p/s:klu cun,sir tlng adjust ar yerk.sir kn pakar)

Anonymous said...

kenapa pelajar perempuan suka jumpa sir berbanding dengan pelajar lelaki yek...????

sazili said...

faiz,

jangan nak menggatal ek! Exam dah habis belom ?

anony10:44AM,

sebenarnya bukan pelajar perempuan sahaja yang selalu berjumpa saya, pelajar lelaki pun ada. Selalu pelajar lelaki yang datang bilik ni nak minta gula-gula, bukan kerana ada masalah! Budak lelaki ni mereka tidak suka masalah cerita kat orang. Mereka pendam begitu je!

Anonymous said...

Mungkin pendekatan sir berbeza antara pelajar perempuan dengan lelaki? Yang perempuan mesti sir tunjuk caring yang lebih berbanding kami yang lelaki ni!!!!
Sebab tulah mereka sayang kat sir!
Ada yang lebih sayangkan sir dari ayah sendiri...betul tak?

sazili said...

Caring lebih tu tidak jugak. Sama sahaja. Saya mempunyai dua orang anak angkat lelaki dari sekolah ini yang kini berada di IPT. Mereka ini pasti tahu ketegasan saya terhadap mereka. Dan saya tahu mereka ini sayangkan saya kerana saya sayangkan mereka. Dan pelajar@ ini selalu menghubungi saya jika mereka menghadapi masalah.

Sebagai seorang guru pendekatan antara pelajar lelaki dan perempuan mesti berbeza. Di samping memberi kaunseling yang serupa tetapi kaedah menghukum pasti lain.

Pelajar perempuan tidak boleh di rotan, pelajar lelaki boleh dengan kaedah yang betul.

Yang kedua kita perlu menjaga maruah pelajar perempuan lebih cermat dari pelajar lelaki kerana pelajar perempuan jiwa lebih lembut dan sensitif berbanding pelajar lelaki.

Bayangkan, saya masih berkawan rapat dgan anak murid saya yang lelaki yang dulu sering saya rotan dan kadang-kadang tempeleng kerana kenakalan di sekolah.Pelajar yang nakal dulu itu sering bersalam cium tngan saya wlaupun dia sudah mempunyai keuarga sendiri.Dia sering mengucap syukr kepada Allah kerana ketegasan dn kegarangan saya dulu. Apakah saya boleh buat begitu kepada pelajar perempuan? Sudah pasti tidk boleh. Sebab itu dapatlah dilihat saya seolah-olah caring pelajar perempuan lebih dari lelaki. Sebenarnya tidak begitu, ramai pelajar lelaki dari sekolah ini yang berada di IPT masih berhubung dengan saya dan membaca blog saya.Kadang-kadang mereka menziarahi saya di rumah, mkna mereka juga sayangkan saya. Dan pastinya cara saya melayan mereka semasa di sekolah dulu kerana saya hendak memudahkan saya mengawal mereka yang agk nakal dan kerana saya jugak sayngkan mereka. OK ?