Thursday, July 01, 2010

Pasukan Jepun dibina, Maju. Pasukan Malaysia dibina, tak maju-maju ?


Pertandingan bolasepak Piala Dunia di Afrika Selatan sudah sampai ke peringkat suku akhir. Di Malaysia ramai yang menonton dan banyak yang boleh diperkatakan.

Apa yang hendak saya perkatakan ialah kehebatan pasukan Jepun. Saya tidak mahu memperkatakan tentang pasukan Korea. Memang Jepun kalah tetapi Jepun tidak kalah seperti mana England kalah. Pemain Jepun bagi saya memang hebat, ada skill dan yang paling utama pemain Jepun ada tenaga- stamina, Yakin saya kerana kecergasan, pemain Jepun pasti mampu bermain selama 190 minit bukan setakat 90 minit sahaja.

Melihat kehebatan pasukan Jepun saya terkenang pilu pasukan bolasepak Malaysia. Dalam tahun 70an, 80an dan mungkin diawal 90an, pasukan Jepun sering kecewa dengan pasukan Malaysia. Pasukan bolasepak Malaysia boleh 'makan' pasukan Jepun begitu sahaja. Soh Chin Aun dengan tenang mengecewakan penyerang hebat Jepun, Komamoto. Tapi hari ini bagaimana agaknya jika itulah prestasi dan kehebatan pasukan Jepun? Tidak terkejut saya jika pasukan bolasepak Malaysia pula 'diratah' mentah-mentah oleh Pasukan Jepun!

Pasukan bolasepak Jepun yang dahulu sering kecewa 'dimakan' Malaysia telah dibina maju dan berjaya sehingga mampu bermain di pentas piala dunia. Namun pasukan bolasepak Malaysia katanya dibina juga tetapi tidak reti-reti hendak maju. Semakin dibina semakin kampung gaya permainannya. Berlari kelihatan macam lembek lutut, setengah jam bermain akan ramai yang berjalan sambil bercekak pinggang di tengah padang.

Banyak persoalan yang bemain dalam pemikiran saya. Pasukan Korea dibina dan maju sampai ke pentas Piala Dunia. Pasukan Cina dibina maju juga sampai ke pentas Piala Dunia. Pasukan Jepun dibina, maju juga ke pentas Piala Dunia. Mengapa ya...pasukan bolasepak Malaysia dibina tapi tak maju-maju hingga tiada negara lagi yang hendak bermain di Pestabola Merdeka? Alahai..!!!

2 comments:

Aida Ali said...

Malaysia sekarang dah lain. Terutama sejak PATI menguasai negara kita.

sazili said...

Benar Puan, kita banyak berteori dan mencuba-cuba dalam kerja pembangunan sukan, dan kita banyak banyak 'berpolitik' dalam kerja-kerja pembangunan sukan. Contohnya; Kita banyak kursus-kursus sains sukan tapi kita tolak tepi kaedah sains sukan.