Hari itu perjalananku agak panjang menyelusuri lebuhraya yang sibuk dan basah. Sampai di persimpangan Senawang aku masuk ke arah itu untuk meneruskan perjalanan pulang. Waktu itu lebih kurang pukul 9.30 malam.
Sebaik sampai di hadapan Giant Senawang aku membelok kanan masuk ke bandar pinggiran. Mencari kedai atau restoran untuk makan malam. Anakku yang biasa di situ memberitahu bahawa di restoran yang sana itu ada sate tulang. Sate tulang? Tanpa berniat langsung mahu menjadi jin dan seketurunan dengannya aku teragak juga mahu merasai sate tulang di situ.
Kami bertuah mendapat 'parking' berdekatan restoran yang agak penuh orang di bahagian luarnya itu. Restoran Adinda namanya kalau tidak silap ingatan aku. Aku terus meluru ke dalam restoran untuk mencari sedikit privasi kerana di luar agak sibuk.
"Kenapa abang pilih kat dalam?" tanya isteri yang tidak dapat membaca hasratku itu.
"Tak apalah...kat dalam ini privasi sedikit," aku berterus-terang. Dia dan anakku yang keempat menonong mengikut.
"Encik nak minum apa?," sapa petugas restoran itu.
Masing-masing memberi pesanan minuman masing-masing. Aku memberitahu yang aku mahu minum Tongkat Ali ais. Aku memesan Tongkat Ali ais kerana selepas ini perjalanan kami masih jauh. Aku perlu tidak mengantuk. Lagipun pada zaman ini banyak sangat minuman berasaskan kopi atau kopi Tongkat Ali. Betul atau tidak betul Tongkat Ali ori itu cerita lain. Yang aku tahu minuman-minuman ini agak polpular seperti Tongkat Ali Cafe, Kopi Jantan, Kopi Janggut, Kopi Janda, Radix, Tongkat Ali CNI dan macam-macam.
"Dekat sini kami tak jual itu semua encik. Kami hanya jual Tongkat Ali Madu", jawab petugas itu.
Pula dah...ada Tongkat Ali Madu pula. Aku yang suka mencuba lantas bersetuju untuk memesan Tongkat Ali Madu.
"Makan encik?" tanya petugas itu.
"Bagi sate tulang 20 cucuk", jawab ku pantas.
"Eh...ayah..banyak tu! 5 cucuk dah cukup ayah, order sate lain pula ", pintas anak perempuan aku terkejut. Aku pun terkejut, sambil membetulkan jumlah pesanan sate kami.
Sedang anak perempuan aku menerangkan bagaimana keadaan sate tulang yang aku order 20 cucuk tadi tiba-tiba minuman sampai. Aku tercengang sambil mencari mana Tongkat Ali Madu?
"Mana Tongkat Ali Madu dik?" tanyaku.
"Inilah encik...Tongkat Ali asli ni encik!" jawab petugas itu sambil tersenyum. Sambil pak cik yang menjaga kaunter juga tersengih melihat aku. Aku menyangkakan Tongkat Ali Madu macam minuman yang aku sebut sebelum ini...Kopi Jantan, Tongkat Ali CNI, Janggut dan Janda!
Aku yang masih panar, menghirup sedikit air dalam cawan kecil comel itu. Masya Allah..."PAHEEETTT !!," jeritku spontan.
Berapa orang pekerja restoran dan taukeh tergelak dan tersenyum mendengar suaraku menjerit menahan kepahitan sehingga macam 'menggigit' ubun kepalaku. Isteri dan anakku tergelak sama. Aku rasa enggan minum lagi minuman herba itu.
"Encik, tak boleh minum begitu. Encik minum sekaligus lepas itu, minum madu pula. Cuba...cuba! Tak pahit!!" ajar Pak Cik yang jaga kaunter itu.
Aku akur dan melakukannya dengan jayanya. Namun aku terpaksa memesan minuman lain, dahaga tekakku tidak hilang, dahaga lain pula yang timbul!
Sebaik sampai sate tulang, aku sekali lagi membeleknya. Rupanya tulang ayam. Aku ingat tulang lembu/kerbau atau kambing.....jenuh aku membayangkan bagaimana mahu memakannya! Tidak boleh jadi...nak makan apa, tulang sesaja ! Patutlah anak aku terkejut apabila aku memesan 20 cucuk! Sudahnya sate daging dan sate ayam yang kena balun!
Begitu begini, ke situ ke sini, maka kami mula bertolak pulang pada pukul 11.30 malam. Pemanduan malam aku biasanya cukup lemah. Selepas pukul 10 malam biasanya mataku akan mula mengantuk tapi kali ini tidak. Kami melepasi Kuala Pilah pukul 12 lebih. Mungkin kerana minum Tongkat Ali Madu Ori agaknya maka aku tidak rasa mengantuk.
Namun sebaik sampai di Muadzam Shah aku mengambil keputusan untuk berehat di Stesyen Minyak Petronas di Muadzam Shah. Kami sampai di situ lebih kuranhg 1.45 pagi. Aku melihat ada 11 buah kereta berada di sekitar tempat aku meletak kereta itu. Di dalam kereta sebelah kereta aku, dapat aku melihat pemandu dan penumpangnya tidur lena.
Dalam aku berehat aku tidak sedar apa-apa lagi. Tiba-tiba aku terdengar isteriku mengejut ku dan aku terus melihat jam....pukul 2.50 pagi! Mak oi...aku tertidur satu jam lebih.....lena sungguh!! Masih banyak kereta di sekitar dan yang pasti kereta di sebelah kereta aku telah bertukar...kereta lain pula berada di situ.
Tanpa berlengah aku membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan dari Muadzam Shah ke Kuala Rompin. Perjalanan itu sebuah perjalanan yang sunyi. Tiada kenderaan yang aku temui kecuali dua buah lori sahaja.
Akhirnya dalam keadaan mata yang tidak berapa mengantuk, kami sampai juga ke rumah pada pukul 4.10 minit pagi. Syukur alhamdulillah...perjalanan jauh, sibuk dan basah, sate tulang, tongkat ali madu yang sungguh-sungguh, terlelap di dalam kereta, akhirnya kami sampai juga ke rumah dengan selamat !

3 comments:
Gelak akak bile baca cerita cikgu Sazili ni!Akak yang selalu ke senawang ni pun tak tahu ada sate tulang kat situ! Hebat betul cikgu Sazili dari Rompin makan sate tulang kat senawang. Semoga selalu sihat dan mendapat keberkatan dari Allah swt untuk Cikgu Sazili dan keluarga. As-salam akak buat anak-anak dan isteri. Rindunya nak jumpa dengan Ani.
Akak,
Kiranya saya dan ani lah yang dulu makan sate tulang kat senawang tu. Segan pulak saya asyik sebut makan sate tulang, macam jin sebab kata orang jin suka makan tulang! Cukuplah akak sekali tu merasa sate tulang tu, bimbang patah gigi! Sate lain ok!
Ani sebenarnya kerap ajak saya ke rumah akak nak jumpa akak tapi sentiasa sahaja ada aral. Saya agak sibuk sekarang banyak ke hulu ke hilir dan hujung minggu ni nak ke melake pulak. Jadi belum kesampaianlah lagi ani nak berjumpa akak. Namun begitu insya Allah semoga ani dan akak akan dapat berjumpa paling lewat bulan November nanti...kalau tak banjir lah!
Cikgu,
Sebak rasanya bile ani selalu sebut nak jumpa akak. Akak pun sebenarnya selalu teringat dan rindukan ani. Tapi buat masa ini akak tak berkesempatan lagi untuk itu. Insya Allah sekiranya mendung dihati akak ni mulai cerah akak akan mengorak langkah untuk ke tempat cikgu dan kawan-kawan lain. Namun begitu akak amat mengalu-alukan kedatangan cikgu sekeluarga ke tempat akak dengan hati yang terbuka, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain. Sebenarnya akak teruja nak tunjukkan pada ani tempat kediaman baru kami selepas suami akak bersara pada 17 November 2010 ni nanti kerana kami tak layak lagi untuk mendiami banglo atas bukit ni. Lebih kurang 5 minit perjalanan dari kediaman kami sekarang.
Post a Comment