Thursday, July 08, 2010

Jerman kalah 0-1 kepada Sepanyol, tidak layak menjadi juara tetapi Belanda !


Memang yang dipanggil bola itu, bulat! Kalau tidak bulat, tidaklah pula dipanggil bola, tentu buah dadu atau kon! Oleh kerana bulat, maka mudahlah disepak orang. Sepaklah ke mana-mana, maka bergoleklah dia ke situ ke sini. Janji pandai menyepak atau sepaknya itu, kena!

Sempena Piala Dunia ini maka ramai yang bermain 'nujum'. Ini bukan menujum kerana berjudi bolasepak, cuma bermain teka-teka tanpa bertaruh apa-apa. Maka itu ramailah yang meramal, dan meneka konon Jerman masuk pertandingan akhir...huhuhu...!!!

Bola tetap bulat. Jerman yang gah dan bergaya sebelum ini kecundang juga akhirnya. Pagi tadi Sepanyol lebih bernasib baik dalam melayani bola yang bulat itu. Tewas Jerman 0-1 di kaki Puyol Sepanyol. Maka ramalan yang Jerman menjadi juara terpak sa di tukar orang. Bukan Jerman lagi bakal juara. Tidak boleh lagi Jerman jadi juara. Mana boleh Jerman juara. Mustahil Jerman juara. Jerman dah kalah pagi tadi, juara macam mana?

Juara yang pasti Belanda atau Sepanyol. Itu pasti. Antara keduanya yang mana juara bergantung kepada gaya dan cara terbaik melayani bola yang bulat itu.

Kita ramal lagi siapa juara.... Belanda !

3 comments:

Ameen Homestay said...

i vote for Espana...!
x tau plak brader sazili juga minat futbol :)
mr.bushtami pasti geget jari tgk germany pulang longlai..hahaha

Anne Janna said...

i vote 4 spain too....
german dh bukn juara yg kite tggu2 n nnt2 kn.....

sazili said...

Pak Chu,

Dulu-dulu aku pemain bolasepak so tak pelik aku minat bolasepak tapi piala dunia sahaja tau. Piala lain macam bekaralah...tak ada masa!! Mr Bus bukan sahaj geget jari tapi geget rokok tak habis-habis!!

Anne Janna,

Wah...sir vote Belanda, janna vote Spain pula. Janna pandai ke main bolasepak? Belanda mantap !!! Sepanyol..eleh !!!